Ikuti Kami:

Rating Terus Menaik, Penonton Teka Ending Lepas ‘Vincenzo’ Disahkan Sudah Tamat Pengambaran

Rating Terus Menaik, Penonton Teka Ending Lepas ‘Vincenzo’ Disahkan Sudah Tamat Pengambaran

Sedar tak sedar, hanya tinggal 20 episod sahaja sebelum penonton sampai ke penghujung drama “Vincenzo”. Belum tamat lagi pun, tapi dah datang rasa rindu itu. Betul tak?

Semakin mendekati garisan penamat, ramai yang tertanya-tanya apakah ending yang akan disajikan kepada perjuangan Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) dan Hong Cha-young (Jeo Yeo-bin. Sama ada penghuni Geumga Plaza berjaya melindungi tempat tinggal mereka? Dan sama ada Babel Group dan Wusang akhirnya menerima pembalasan yang setimpal atas perbuatan jahat mereka?

Menerusi sumber media, penggambaran “Vincenzo” dikhabarkan sudah pun tamat dan kini sedang berada dalam proses suntingan terakhir.

Terbukti popular, episod ke-18 drama komedi gelap ini berjaya memecahkan rekod baru iaitu 12.3% sekaligus membuktikan yang ramai dah tak sabar menantikan kemuncaknya nanti. Nescaya ia akan mencipta rekod baru pada dua episod akhirnya nanti.

Dengar cerita, penulis dan pengarah mengalami masa yang sukar untuk tentukan penutup “Vincenzo”. Harapnya ia akan berakhir bahagia betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...