Ikuti Kami:

Rating Memuaskan, Episod Awal ‘The King’s Affection’ Terima Respon Positif

Rating Memuaskan, Episod Awal ‘The King’s Affection’ Terima Respon Positif

Setelah lama dipromosikan, akhirnya “The King’s Affection” membuka tirainya buat peminat K-Drama.

Sinopsis

Ia menceritakan kisah sepasang kembar yang lahir di istana. Walaupun salah seorang daripadanya dibuang kerana merupakan seorang perempuan, dia kemudiannya berlakon menjadi putera raja selepas kembar lelakinya meninggal dunia.

Episod awal penuh dugaan

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula apabila Dami (Park Eun-bin) dibawa lari daripada dibunuh kerana perintah raja yang mahukan anak lelaki, Yi Hwi (Park Eun-bin) sahaja untuk mewarisi takhtanya nanti. Disebabkan itu, kembar berkenaan terpisah dan kembali bertemu apabila gadis itu menjadi dayang istana. Malah hal ini disedari oleh permaisuri memandangkan dia tahu anak perempuannya yang konon dibunuh mempunyai parut di bahagian leher.

kbs the king's affection

Terkejut kerana mempunyai wajah yang sama, Yi Hwi menggunakan peluang itu untuk keluar daripada istana dan menjadikan Dami sebagai gantinya buat seketika. Walaubagaimanapun, pertukaran itu berubah tragedi apabila Yi Hwi yang disangka Dami telah dibunuh lantas memaksa Dami untuk menyamar sebagai Yi Hwi buat selamanya.

Baik dengan Yi Hwi, penonton tidak sabar melihat interaksi yang bakal dilalui oleh Dami dan Jung Ji-un (Rowoon) dalam episod akan datang. Bahkan ramai yang mula menebak siapakah dalang dalam istana itu yang mungkin akan membawa ancaman buat Yi Hwi dan identiti sebenarnya.

kbs the king's affection

Rating memuaskan

KBS sememangnya dikenali sebagai ‘rumah’ kepada drama bersejarah terbaik. Disebabkan itu, ramai yang menantikan prestasi “The King’s Affection” tambahan pula ia turut ditayangkan pada waktu yang sama di Netflix.

Untuk episod pertama, drama ini berjaya meraih rating 6.2% dan menunjukkan peningkatan kepada 6.7% untuk episod seterunya. Melihatkan catatan ini dan komen positif penonton, rasanya “The King’s Affection” mampu menunjukkan rekod yang lebih baik pada episod akan datang.

Apa komen korang untuk episod awal “The King’s Affection”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...