Drama Hotel Del Luna lakonan IU dan Yeo Jin Goo telah mengejutkan para peminat drama Korea kerana mencatatkan rating yang lebih tinggi berbanding drama Arthdal Chronicles. Drama yang ditayangkan di TvN pada hari Sabtu dan Ahad ini telah mendapat rating 9.7% dengan purata penonton sebanyak 8.7% untuk tayangan minggu lalu. Sementara itu drama Arthdal Chronicles yang ditayangkan pada slot yang sama mendapat rating 7.7%.

Ini satu “kemenangan” yang mengejutkan kerana drama Arthdal Chronicles yang dibintangi oleh Jang Do Gun, Soong Jong Ki dan Kim Ji Won ini mempunyai bajet yang sangat besar iaitu 54 billion won ($45.7 million). Ternyata chemistry percintaan di antara IU yang memegang watak Jang Man-wol, pemilik Hotel Del Luna dan Yeo Jin Goo (Goo Chang Sung) sebagai pengurus hotel tersebut berjaya memikat para penonton.

Adakah drama Hotel Del Luna akan terus berjaya mengekalkan momentum ini? Adakah anda menonton drama terbaru TvN ini? Kalau iye, kongsikan pendapat anda tentang drama ini di ruangan komen. Selamat menonton.