Ikuti Kami:

Rating Episod Terbaru Pecah Rekod Peribadi! 5 Sebab Kenapa Penonton Gilakan Drama ‘Hospital Playlist’

Rating Episod Terbaru Pecah Rekod Peribadi! 5 Sebab Kenapa Penonton Gilakan Drama ‘Hospital Playlist’

“Hospital Playlist” membuktikan bahawa ia adalah satu drama yang patut digeruni oleh drama lain yang ditayangkan pada waktu yang sama. Sudah memasuki 5 episod, namun drama ini tidak mengundur diri dan terus maju ke tangga teratas dengan purata rating yang kian meningkat pada setiap episod.

Naskhah ini berjaya mencatat rating dua digit buat pertama kalinya pada episod 5, di mana rekod peribadi terbaik drama itu iaitu 11.3%. tak mustahil ia akan meningkat lagi tinggi untuk episod akan datang!

Mesti ramai tertanya-tanya kenapakah “Hospital Playlist” begitu popular dalam kalangan penonton K-Drama kan? Nah, ini adalah sebabnya!

1. Bukan satu, bukan dua tetapi lima watak utama

Seperti yang diketahui semua, drama ini diterajui oleh nama-nama hebat seperti Jo Jungsuk, Kim Daemyung, Jeon Mido, Jung Kyungho dan Yoo Yeonseok. Kesemua teraju utama “Hospital Playlist” adalah lima sekawan yang sudah mengenali satu sama lain selama 20 tahun.

Setiap daripada doktor ini adalah sangat unik dan berbeza! Ikjun (Jo Jungsuk) yang peramah gila, Seokhyeong (Kim Daemyung) yang pemalu, Songhwa (Chae Songhwa) yang sempurna, Junwan (Jung Kyungho) yang kerek dan Jeongwon (Yoo Yeonseok) yang sensitif melampau. Karakter normal yang dibawa oleh mereka ini nyata membuatkan sangkaan penonton mengenai imej doktor meleset langsung. Rupanya doktor juga adalah manusia biasa!

sebab perlu tonton hospital playlist

2. Drama perubatan yang lain daripada yang lain

Daripada memberi fokus kepada sisi dramatik yang terdapat di hospital, “Hospital Playlist” menonjolkan kehidupan hari ke sehari di dalam institusi tersebut. Daripada menonjolkan babak yang mewah dan besar, pengarah mahu penonton memahami bahawa kehidupan mereka tiada beza pun dengan kehidupan orang lain. Pengarah juga mahu penonton bersimpati dengan watak drama ini, dijadikan seperti mereka, ketawa bersama mereka, sama seperti kehidupan seharian kita.

3. Lawak ringan yang tak dibuat-buat

Babak kelakar dalam “Hospital Playlist” adalah sangat ringan namun pasti berjaya menggeletek hati penonton. Drama ini membuktikan bahawa ia tak perlu nak buat lawak yang nampak seperti dipaksa, takut penonton meluat.

Lihat sajalah pada episod pertama apabila Ikjun yang terpaksa melakukan pembedahan meskipun topi ‘Drath Vader’ telah melekat di kepalanya. Nampak bodoh, tetapi ramai yang kelakar tak ingat dunia apabila melihat sisi serius doktor itu dalam situasi yang mengarut tersebut.

episod pertama hospital playlist

Tak pun, seperti episod baru-baru ini, apabila geng si tua yang berumur 60 ke atas telah bermain ‘Mafia Game’ mengikut tunjuk ajar Jeongwon. Lihatlah ibu kepada doktor itu yang mengamuk selepas rakan baiknya yang juga merupakan pengarah hospital sekarang ini kerana menipunya untuk memenangi permainan tersebut. Habis terkirap air kopi dek amukan wanita itu. Kelakar lihat golongan warga emas cuba main ‘game’ anak muda buat pertama kali!

4. Babak sedih dan babak gembira yang seimbang

“Hospital Playlist” menonjolkan kehidupan normal petugas perubatan yang berharga dan menyejukkan hati. Momen kelakar, momen menarik dan momen sedih adalah sebahagian kepada kisah ini yang ingin ditonjolkan kepada semua semasa pembikinan drama ini.

Sekejap kita akan disajikan dengan telatah kelakar lima sahabat itu seperti Jeongwon yang mengamuk seperti budak-budak kerana tak dapat buat pembedahan. Kemudiannya penonton terpaksa melihat seorang ibu yang cekal melahirkan bayi tanpa otak dan sedar dia akan mati juga selepas dilahirkan, tetapi tetap meneruskan kandungan itu sehingga ke hujungnya.

sebab perlu tonton hospital playlist

5. Hubungan cinta yang membawa teka-teki

Kesemua daripada watak utama ini mempunyai hubungan cinta yang menyesakkan dan juga membuai perasaan. Sedih kerana isteri Ikjun membuat keputusan untuk bercerai kerana hubungan jarak jauh membuatkan dia merasakan bahawa mereka bukanlah seperti pasangan berkahwin yang normal. Seokhyeong juga dikhabarkan sudah bercerai namun tiada cerita lanjut mengenai kisah perit itu.

Jeongwon pula nekad untuk hidup solo demi cintanya kepada Tuhan namun doktor residen iaitu Gyeoul nampaknya menaruh perasaan kepadanya dan para penonton dah tak sabar nak lihat perkembangan hubungan mereka walaupun lelaki itu bersikap dingin sahaja. Junwan juga dalam senyap rupanya menaruh perasaan kepada Iksun iaitu adik kepada rakannya sendiri, Ikjun.

sebab perlu tonton hospital playlist

Walaupun bekas teman lelaki Seonghwa curang ditangkap curang pada awal episod namun kini doktor residen, Ahn Chihong secara terang-terangan mengakui bahawa dia menyukai doktor wanita itu. Tapi nampaknya cinta tersebut telah pun ditolak namun siapa tahu apa yang akan terjadi pada episod akan datang kan?

Terus saksikan “Hospital Playlist” sehingga ke penghujungnya!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...