Rating Episod Awal ‘I’ll Find You When The Weather Is Nice’ Rendah, Penonton Puji Ketenangan Drama Ini

i'll find you when the weather is nice

Drama Korea memang sangat versatil sebab mampu hasilkan pelbagai naskhah yang berlainan tema. Sebab itulah, ramai yang sukakan K-Drama sebab mereka boleh pilih genre mana yang dekat di hati masing-masing. Tak kisahlah aksi ke, misteri ke, melodrama ke, semuanya ada!

Meskipun genre sesuatu drama itu penting tetapi pelakon yang menerajui naskhah itu juga penting bagi memastikan plot ceritanya hidup dan diterima penonton. Park Minyoung merupakan antara pelakon wanita yang dikenali dengan mutu lakonan yang baik. Apa sahaja drama yang dikemudinya pasti akan mendapat rating yang tinggi lantas membuktikan kepopularitian pelakon cantik itu.

Terbaru, Park Minyoung telah menerima tawaran berlakon dalam sebuah drama romantik bertajuk “I’ll Find You When The Weather Is Nice”. Daripada tajuknya sahaja, kita dah dapat agak bahawa jalan ceritanya ialah romantik dan perlahan.

i'll find you when the weather is nice

Sinopsis “I’ll Find You When The Weather Is Nice”

Sebuah cerita mengenai kemaafan, penyembuhan dan cinta yang mengambil tempat di sebuah kedai buku kecil di sebuah kampung. Hyewon (Park Minyoung) adalah seorang wanita biasa yang berpersonaliti baik. Dia telah dilatih untuk bermain alat muzik cello sejak kecil lagi tetapi dalam jangka masa tersebut, wanita itu telah disakiti oleh orang lain. Hyewon mula bencikan kehidupannya di bandar Seoul dan membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya, Kampung Bookhyun.

Di situ, dia mula mengenali seorang pemuda bernama Eunseop (Seo Kangjoon) yang memiliki sebuah kedai buku bernama ‘Selamat Malam’. Kehidupan seharian lelaki kacak itu adalah sangat ringkas di mana dia bangun pagi, minum kopi, membaca buku dan menulis di blognya. Tetapi kehidupan biasanya mula berubah apabila dia berjumpa dengan Hyewon.

i'll find you when the weather is nice

Rating sederhana

Meskipun dimainkan oleh pelakon popular Seo Kangjoon dan Park Minyoung tetapi rating yang direkodkan semasa dua episod awalnya adalah agak rendah berbanding dengan drama sebelum itu iaitu “Diary Of A Prosecutor”. Episod pertama mencatatkan purata 1.93% manakala terdapat sedikit penurunan pada episod keduanya iaitu 1.56% sahaja.

Ramai yang menebak bahawa ratingnya sedikit rendah kerana mereka berlawan dengan drama popular “Romantic Doctor 2” yang ditayangkan dalam slot yang sama di saluran lain. Tambahan pula, drama perubatan itu menayangkan dua episod terakhirnya, jadi sudah pasti ramai yang lebih ingin tahu tentang pengakhiran kepada nasib kakitangan di Hospital Doldam.

park minyoung i'll find you when the weather is nice

Penonton puji ketenangan “I’ll Find You When The Weather Is Nice”

Rating tak tinggi pun tetapi para penonton yang menonton tayangan awal drama romantik ini sukakan suasananya yang perlahan dan menyembuhkan. Sepertinya naskhah ini membantu mereka untuk relaks selepas hari yang memenatkan di tempat kerja atau universiti.

Drama ini sedikit menyembuhkan. Sesiapa yang sukakan buku pasti hatinya akan bergetar apabila melihat drama ini.

 

Walaupun saya tak sukakan buku tapi suka sangat sebab ia tenang. Drama ini sangat menyeronokkan.

 

Bukunya sangat seronok, drama ini pun menghiburkan. Drama ini sangat menyembuhkan.

Walaupun drama ini tenang tetapi ada juga babak yang kelakar.

 

Sangat suka, drama yang perlahan seperti filem Jepun… macam ‘Little Forest’? Apa-apa pun, sangat menghiburkan.

Sesiapa yang sukakan lakonan Park Minyoung dan Seo Kangjoon atau pun sesiapa yang mahukan drama yang menenangkan, pastikan ada tonton “I’ll Find You When The Weather Is Nice” di saluran JTBC pada setiap Isnin dan Selasa.

Sumber: Seoul Kyungje

Leave a Reply