Ikuti Kami:

Rating Episod Awal ‘Alice’ Raih No 1 Bagi Slot Tayangan Jumaat-Sabtu, Elemen Sci-Fi & Plot Dipuji Menarik

Rating Episod Awal ‘Alice’ Raih No 1 Bagi Slot Tayangan Jumaat-Sabtu, Elemen Sci-Fi & Plot Dipuji Menarik

K-Drama yang membawa elemen fantasi dan sci-fi sememangnya tak pernah mengecewakan! Sama juga dengan drama “Alice” lakonan Kim Hee-sun dan Joo Won yang baru sahaja memulakan tayangannya beberapa hari lepas tetapi dah terima pujian ramai.

Sinopsis “Alice”

Drama thriller sci-fi ini menceritakan kisah Park Jin-kyum (Joo Won) iaitu seorang detektif yang lahir tanpa kemampuan untuk mempunyai apa-apa emosi. Dalam usaha untuk menyelesaikan satu kes misteri, dia merupakan orang pertama yang mendapat tahu mengenai penggembara masa yang datang daripada masa depan menerusi alat bernama ‘Alice’. Sambil bertarung dengan pelbagai insiden tidak dijangka disebabkan oleh kewujudan alat tersebut, dia bertemu semula dengan Yoon Tae-yi (Kim Hee-sun), seorang wanita yang sudah lama mati.

episod awal alice

Yoon Tae-yi ialah seorang ahli fizik yang bijak dan memegang kunci utama kepada rahsia penggembaraan masa ini. Selepas bertemu dengan Park Jin-kyum yang menegaskan bahawa mereka berjumpa kerana takdir, dia menyertai lelaki tersebut bagi membongkar misteri ini. Dalam misi ini, dia juga mempelajari rahsia mengenai dirinya sendiri.

Permulaan yang mengujakan

Walaupun baru dua episod sahaja ditayangkan, namun para penonton tak berhenti meluahkan rasa kagum dengan premis “Alice” ini. Bukan sahaja dilengkapi dengan sinematografi yang memukau malah efek grafik yang diterapkan nampak realistik dan tidak kekok langsung. Rasa macam penonton turut berada dalam dunia pengembaraan masa itu!

episod awal alice

Lakonan yang dipersembahkan oleh pelakon utama iaitu Kim Hee-sun, Joo Won dan Kwak Si-yang turut membuatkan penonton tak dapat mengutarakan sebarang kata-kata kerana kehebatan persembahan setiap daripada mereka. Malah rata-rata peminat bersyukur kerana Joo Won bertindak memilih “Alice” sebagai drama kepulangan selepas tamat latihan ketenteraan berbanding dengan 49 naskhah lain yang turut ditawarkannya pada masa yang sama.

[Amaran SPOILER]

Masih lagi di awal tayangan, pelbagai lagi misteri dan rahsia yang belum dirungkaikan di dalam drama ini. Terutamanya hubungan di antara watak Joo Won dan Kim Hee-sun, selain ramai yang masih lagi keliru dengan jarak usia mereka memandangkan Yoon Tae-yi yang merupakan ibu kepada Park Jin-kyum sepatutnya melahirkan lelaki itu pada tahun 2050. Namun dek keputusan wanita itu untuk memasuki tahun 1992 dan kekal dalam dunia lampau itu merumitkan keadaan apabila tanpa sengaja terjumpa dengan Jin-kyum pada tahun 2020. Fuh! Memang mengelirukan.

episod awal alice

Lagi best apabila drama sci-fi ini berjaya meraih rating memberangsangkan semasa episod pertamanya iaitu 4.1% dan 6.1% malah meningkat mendadak ke 6.2% dan 9.4% ketika episod kedua. Bukan itu sahaja, ia terus menduduki tangga pertama bagi slot tayangan drama tersebut.

Walaupun anda bakal menggaru kepala demi memahami plot “Alice”, namun ianya pasti tidak akan mengecewakan. Jangan lupa tonton drama ini pada setiap Jumaat dan Sabtu di SBS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...