Ikuti Kami:

Rating Episod Akhir Tunjuk Peningkatan, Penonton Puas Hati Lihat Ending ‘You Are My Spring’

Rating Episod Akhir Tunjuk Peningkatan, Penonton Puas Hati Lihat Ending ‘You Are My Spring’

Sering memberikan pengajaran emosi dan psikologi, “You Are My Spring” sudah pun menamatkan siarannya semalam.

Sinopsis

Digambarkan sebagai drama ‘romantik penyembuhan’, ia akan membawa kisah mengenai sekumpulan individu yang tinggal dalam bangunan yang mempunyai kes pembunuhan dahulu dan mereka semua menjalani kehidupan dewasa namun hati kesemuanya kekal terperangkap ketika zaman kanak-kanak dek trauma masing-masing.

Pengakhiran berbunga

[Amaran SPOILER]

Bahagia akhirnya menjengah ke dalam tingkap kehidupan mereka. Ju Young-do (Kim Dong-wook) dan Kang Da-jeong (Seo Hyun-jin) meneruskan hubungan cinta mereka dengan restu ibu wanita itu, malah rakannya, Park Eun-ha (Kim Ye-won) dilihat berbunga-bunga bersama adiknya, Kang Tae-jong (Kang Hoon).tvn you are my springBukan itu sahaja, Ahn Ga-yeong (Nam Gyu-ri) yang hidup tanpa mampu bergantung kepada orang lain sudah meluahkan perasaan cintanya kepada Patrick (Park Sang-nam) tanpa segan kini. Meskipun lelaki itu berada dalam kem tentera, namun ianya tidak mengekang wanita tersebut daripada menyebut mengenai teman lelakinya kepada umum.

Bagi Ian Chase pula (Yoon Park), dia terus mengingati kesilapannya terhadap Choi Jeong-min (Yoon Park) kerana kisah tragis itu bermula disebabkan olehnya namun nyawa kembarnya itu yang berakhir.

Seperti yang diuar-uarkan, kehidupan ini dipenuhi oleh luka semasa kecil dan ia mungkin terbeban sehingga besar ataupun dapat diterima oleh segelintirnya, kesudahannya mengikut pilihan masing-masing.tvn you are my spring

Rating meningkat

Meskipun menunjukkan prestasi turun-naik sepanjang tayangannya sehingga sering berada dalam lingkungan 1%, episod akhir “You Are My Spring” berjaya meningkat ke 2.387%. Walaubagaimanapun, ia tidak mampu melawan rekod terbaik yang dicatatkan semasa episod pertama iaitu 3.390%.

Bagaimana pula dengan anda, okay tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...