Rating Episod Akhir ‘The World Of The Married’ Pecah Rekod Saluran Kabel, Ending Buat Penonton Berbelah Bagi

episod akhir the world of the married

Selepas bermain dengan perasaan penonton selama 16 episod, “The World Of The Married” akhirnya melabuhkan tirainya kelmarin. Pelbagai emosi, sekejap turun sekejap naik sampailah ke penghujungnya dan pastinya ramai akan mengingati drama ini sebagai antara yang terbaik untuk tahun 2020.

Spekulasi demi spekulasi, penonton sehinggakan cuba meramal sendiri kesudahan drama ini dek kerana ‘tenggelam’ dengan penceritaan dan dilema yang dihadapi oleh setiap watak. Semalam akhirnya, semua persoalan itu terjawab dalam episod kemuncaknya.

[Amaran SPOILER]

Jun-young yang terluka akhirnya membawa diri

Selepas terkesan dengan tindakan melulu ayahnya sehingga sanggup menampar dirinya kerana terlampau mempercayai isteri baru, Jun-young akhirnya memilih untuk meneruskan hidup dengan Sun-woo.

Bermatian-matian tidak mahu hidup kembali dengan Tae-oh, remaja itu nyata terkejut apabila melihat ibunya yang memeluk erat ayahnya sambil menangis selepas lelaki itu hampir dilanggar oleh sebuah trak. Tidak mendapat menerima situasi tersbeut, Jun-young melarikan diri dan hilang daripada radar.

episod akhir the world of the married

Kata penonton:

Sampai ke sudah, watak yang menjadi mangsa keadaan adalah Lee Jun-young.

 

Apabila melihat Sun-woo memeluk erat Tae-oh, perasaan dan tindakan Jun-young adalah sama sahaja dengan perasaan penonton..

 

Sebab Jun-young lari daripada rumah:-

1. Cuba bunuh diri depan anak sendiri membuktikan bahawa Tae-oh adalah seorang ayah yang pentingkan diri sehingga ke sudah lantas membuatkan Jun-young menyampah.

2. Tetapi ayah yang berperangai sebegitu masih lagi tidak boleh dilepaskan oleh si ibu lagi membuatkan dia sakit hati.

Disebabkan oleh situasi yang seperti itu membuatkan dia tidak mahu lagi terus hidup dalam neraka tersebut. Jadi melarikan diri adalah satu langkah untuk melindungi dirinya sendiri.

Sun-woo melalui hari-harinya menantikan anak kembali ke sisi

Walaupun berkeras tidak mahu kembali dengan Tae-oh meskipun lelaki itu merayu, Sun-woo akhirnya tewas apabila menyangka bahawa bekas suaminya itu benar-benar dilanggar trak.

Sambil memegang erat Tae-oh, tidak sangka bahawa adegan itu mencetuskan rasa marah dalam diri anaknya sehingga Jun-young membuat keputusan untuk melarikan diri daripada segalanya.

Pencarian anak lelakinya yang berjalan selama tahun tidak membuahkan hasil dan wanita itu terus menanti sehingga hari Jun-young pulang ke rumah dengan sendirinya. Menerusi babak episod akhir, sepertinya kedua beranak itu telah bersatu kembali.

episod akhir the world of the married

Kata penonton:

Babak Sun-woo menarik Tae-oh dalam dakapannya… Saya rasa saya faham emosi disebaliknya.. Memang saya sedih melihatkan situasi Jun-young tetapi… Drama ini benar-benar membuatkan kita memikirkan tentang banyak perkara…

 

Saya faham perasaannya yang mahu Tae-oh mati tetapi melihatkan bekas suaminya itu hampir mati membuatkan jantungnya berhanti… Suami awak adalah musuh dan juga kawan dalam masa yang sama. Sedihnya.

 

Mungkinkah Sun-woo tahu mengenai pusat kebajikan yang dihuni oleh Jun-young selepas lari dari rumah dan dalam diam telah membantunya? Sambil berlagak seperti tidak tahu apa-apa mengenai ayahnya? Mungkin dia mahu memberi masa kepada remaja tersebut untuk pulang sendiri tanpa dipaksa. Saya rasa Sun-woo memberi derma kepada rumah kebajikan tersebut…

Tae-oh tetap pentingkan diri

Selepas kehilangan segalanya, Tae-oh mula tidak tentu arah sehingga membawa Jun-young keluar daripada rumah tanpa pengetahuan bekas isterinya. Lelaki itu juga tanpa segan telah meminta Sun-woo menerimanya semula sampaikan Jun-young dan Sun-woo naik meluat dengan perangainya.

Mungkin terdesak dek situasi tersebut, Tae-oh sanggup berjalan ke hadapan sebuah trak yang sedang bergerak bagi menamatkan riwayatnya. Pun begitu, dia selamat dan Sun-woo telah mendakapnya dengan erat kerana fikirkan bahawa lelaki itu hampir mati.

episod akhir the world of the married

Kata penonton:

Sanggup nak bunuh diri depan anak sendiri sampai Jun-young berasa trauma? Sampai ke sudah Tae-oh menmbuktikan bahawa dia tak layak jadi ayah dan juga suami.

 

Sudahnya, disebabkan Tae-oh seorang, hidup Sun-woo sentiasa tak tenang. Sampai ke akhirnya lelaki itu berperangai sampah.

 

Terjun ke hadapan trak di hadapan anak sendiri, Tae-oh memang pentingkan diri dan hanya fikirkan tentang dirinya sahaja.

Da-kyung mulakan hidup baru

Selamat bercerai dengan Tae-oh, Da-kyung kini memulakan hidup baru dengan keluarganya di bandar lain. Dalam episod akhir, dapat dilihat bahawa wanita itu kini sedang mempelajari seni seperti impiannya yang sudah dipendam lama.

Walaupun ada lelaki yang cuba mendekatinya tetapi wanita itu membina tembok yang tinggi, mungkin kerana pengalaman hitam yang sukar dilupakan.

episod akhir the world of the married

Kata penonton:

Menyampahnya lihat wanita perampas itu masih boleh hidup bahagia tanpa sebarang masalah.

 

Saya tak rasa kesudahan Da-kyung adalah bahagia. Pada usianya, dia sepatutnya gembira dalam hubungan yang kukuh. Tetapi Da-kyung hanyalah seorang janda dengan anak satu dan terpaksa hidup menanggung kesakitan lampau. Macam mana ia adalah kesudahan yang bahagia? Saya rasa kesudahan seperti ini adalah lebih realistik.

 

Tolonglah, saya tak sukakan kesudahan drama ini. Ia sepertinya menyelamatkan hidup Da-kyung.

Rating pecah bumbung!

Menurut Nielsen Korea, episod terakhir “The World Of The Married” merekodkan rating 28.37% di seluruh negara dan dengan mudah memintas rekod peribadi sendiri yang dicatatkan pada episod sebelumnya iaitu 24.44%.

Secara tak langsung mencipta rekod baru dalam sejarah saluran kabel di Korea dengan rating tertinggi yang pernah direkodkan bagi mana-mana drama yang pernah ditayangkan sepanjang kemunculan kesemua saluran berbayar seperti JTBC, tvN, OCN dan banyak lagi.

episod akhir the world of the married

Macam-macam perkara yang bermain dalam fikiran penonton selepas menonton drama ini. Benar seperti tajuknya iaitu “The World Of The Married”, naskhah ini berjaya mengupas pelbagai rahsia di antara suami dan isteri yang mungkin terselindung daripada tatapan umum.

Mungkin ada yang mengharapkan dengan kesudahan yang lebih dramatik, contohnya Da-kyung menerima balasan yang setimpal dan sebagainya tetapi penulis drama ini mengekalkan elemen realistik.

Ada yang dah rindu ke drama ini?

1 komen

Leave a Reply to Ubat Rindu, ‘The World Of The Married’ Bakal Tayang Dua Episod Istimewa Minggu Ini | KimchiDaily.my Cancel reply