Ikuti Kami:

Rating Drama ‘Forest’ Turun Naik Pada Episod Awalnya, Penonton Beri Reaksi Berbeza

Rating Drama ‘Forest’ Turun Naik Pada Episod Awalnya, Penonton Beri Reaksi Berbeza

Banyak betul drama Korea baru yang ditayangkan kini. Kesian peminat K-Drama yang huru-hara sebab tak tahu nak tengok naskhah yang mana satu dahulu! Teruskan menggelabah kerana ada lagi satu drama best baru yang anda perlu tambah dalam koleksi drama Korea sedia ada.

Sinopsis drama romantik “Forest”

Kang Sanhyeok (Park Haejin) ialah seorang anggota kepada pasukan penyelamat istimewa 119 selepas berhenti dan tinggalkan kehidupan mewahnya sebagai ahli korporat. Meskipun dilengkapi dengan pakej yang lengkap iaitu kacak dan bijak, dia tidak mengingati langsung kisah silamnya kerana hilang ingatan. Jung Youngjae (Jo Boah) pula ialah seorang residen doktor bedah yang sangat bersemangat tinggi tetapi menghadapi trauma semasa dia masih kecil.

park haejin drama forest

Kedua karakter ini telah bertemu dalam sebuah hutan misteri dan walaupun bingung, mereka harus sama-sama tinggal di dalamnya. Pada awalnya, mereka tidak dapat sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling tetapi mereka berjaya temui kebahagiaan kecil kemudiannya di situ. Di samping itu, kedua-dua Kang Sanhyeok dan Jung Youngjae mula membongkar rahsia mengenai diri sendiri dan juga hutan itu.

jo boah drama forest

Rating turun naik

Pada episod pertamanya, drama “Forest” berjaya meraih rating yang boleh tahan hebat iaitu 7.1% dan 7.4% walaupun sedikit kurang daripada episod akhir drama “Woman Of 9.9 Billion Won” yang ditayangkan sebelum drama ini iaitu 6.8% dan 8.5%.

Walaubagaimanapun, episod keduanya melihatkan penurunan rating yang mendadak apabila ia hanya mampu merekodkan catatan 4.7% dan 5.1% sahaja. Mungkin juga kerana ia ditayangkan sama slot dengan program realiti “Mister Trot” yang menjadi kegilaan netizen Korea sekarang ini.

drama forestReaksi bercampur daripada netizen

Meskipun ramai yang memuji lakonan mantap teraju utamanya iaitu Park Haejin dan Jo Boah, ada juga beberapa penonton yang kurang berkenan dengan plot cerita “Forest”.

Saya menonton drama ini kerana Park Haejin… tetapi ia tidak… berapa menghiburkan

 

Kenapa CG seperti itu.. CG yang sangat teruk…

 

Visual mereka adalah sangat top. Plotnya masih di permulaan, jadi kita perlu tunggu dan lihat lagi.

 

Kenapa apabila melihat cerita ini, saya teringatkan drama ‘Romantic Doctor Kim’?

 

Dipenuhi kritikan… nampaknya bukan saya sahaja yang rasa drama ini tak best… Saya mula menonton kerana Park Haejin tetapi secara keseluruhannya ianya nampak pelik… Saya akan putuskan selepas episod ke-4.

Mungkin enjin baru nak panas, sebab itulah jalan ceritnya masih samar-samar. Kita nantikan lagi episod seterusnya, mungkin “Forest” bakal menjadi drama kegemaran anda untuk tahun 2020, siapa tahu?

Sumber: NEWSIS, Hankook Kyungje, X Sport News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...