Ikuti Kami:

Rating ‘2 Days 1 Night’ Kian Menurun Tapi Kenapa?

Rating ‘2 Days 1 Night’ Kian Menurun Tapi Kenapa?

Sepertinya “2 Days 1 Night” mengalami sedikit kesulitan sejak kebelakangan ini.

Walaupun sudah memasuki musim bunga, namun tiada yang berbunga mengenai rating rancangan tersebut. Terbaru, ianya meraih rating terendah sejak beberapa bulan ini dengan catatan 8.4%.

Kali terakhir “2 Days 1 Night” mencapai rating dua angka ialah pada 2 Februari dengan catatan 10.1%. Dan ianya diikuti dengan 9.4% pada 5 Mac, 9.8% pada 12 Mac, 9.5% pada 19 Mac, 9.2% pada 29 Mac dan 8.4% pada 2 April. Meskipun berjaya mengekalkan rating dalam lingkungan 10% pada Februari namun ianya hanya sementara.

kbs 2 days 1 night

Ujar peminat, pihak produksi sepertinya hanya berharap dengan keserasian setiap ahli termasuklah ahli paling muda iaitu Yoo Seon-ho dan Na In-woo. Pun begitu, konsep itu kian mendatar kini dan penonton mahukan sesuatu yang baru.

Seperti “Running Man” yang mencuba pelbagai konsep pada setiap minggu, “2 Days 1 Night” sepertinya lebih memberikan fokus kepada pemandangan lokasi mereka di setiap episod.

Korang rasa macam mana?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...