Ikuti Kami:

“Rasa Macam Dekat Joseon” – Alami Sendiri K-Drama Sageuk, Lawati 5 Tempat Bersejarah Ini Di Korea

“Rasa Macam Dekat Joseon” – Alami Sendiri K-Drama Sageuk, Lawati 5 Tempat Bersejarah Ini Di Korea

Dalam diam, sebenarnya ramai antara peminat K-Drama tempatan yang sebenarnya menyukai drama bersejarah Korea kan?

Ada antaranya yang kerap ulang menonton “Jewel In The Palace”, “Jumong”, “The Fugitive Of Joseon”, “100 Days My Prince”, “Love In The Moonlight”, “The King’s Affection, “The Red Sleeve”, dan banyak lagi kerana kecantikan kostum lama yang dipakai mereka selain pemandangan nostalgia yang memukau.

Kalau korang peminat drama bersejarah, maknanya korang wajib melawat beberapa kawasan ikonik di Korea ini apabila di sana.

1. Gyeongbokgung Palace

Istana Gyeongbokgung adalah istana utama dan terbesar daripada lima istana di Seoul. Dibina pada tahun 1395 di bawah perintah Raja Taejo semasa Dinasti Joseon, istana ini terletak di pusat bandar Seoul dan mengekalkan keagungannya. Sebagai latar belakang, anda dapat melihat gunung-gunung di dalam bandar yang memberikan pemandangan harmoni antara alam semula jadi dan istana.

gyeongbokgung palace

2. Bukchon Hanok Village

Selepas melawat istana-istana di Seoul, mengapa tidak bersiar-siar di sekitar kampung tradisional Korea? Kampung Hanok Bukchon terletak di antara dua istana utama: Gyeongbokgung dan Changdeokgung. Ia mengumpulkan sekitar 800 hingga 900 hanok (rumah tradisional Korea). Bukchon bermaksud “kampung utara” dalam bahasa Korea kerana lokasinya. Walaupun perlu mendaki sedikit, tetapi korang pasti tak menyesal apabila berada di sana!

bukchon hanok village

3. Jongmyo Shrine

Kuil Jongmyo menyimpan ‘tablet roh’ para raja dan permaisuri Joseon. Kuil utama, Jeongjeon, yang dibina pada tahun 1395, mengekalkan roh raja-raja dan permaisuri-permaisuri Joseon yang pernah memerintah negara ini. Kuil ini mengumpulkan 49 tablet roh raja-raja terkenal, manakala tablet roh raja-raja kecil disimpan di Yeongnyeongjeon, sebuah kuil yang lebih kecil. Ia juga telah didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

jongmyo shrine

4. Suwon Hwaseong Fortress & Palace

Suwon ialah sebuah bandar bersejarah yang terletak kira-kira sejam dari selatan Seoul. Bandar ini terkenal dengan kubu-kubu yang tersenarai sebagai Warisan Dunia yang dibina semasa dinasti Joseon oleh Raja Jeongjo (1752 – 1800).

hwaseong fortress

5. Jogyesa Temple

Kuil Jogyesa adalah salah satu kuil Buddha utama di Seoul. Ditubuhkan pada tahun 1935, kuil ini telah dibina semula menjadi sebuah kuil moden dan dipindahkan ke lokasi sekarang apabila ia siap pada tahun 1938. Kuil ini terdiri daripada Dewan Dharma Utama, Daeungjeon yang merupakan bangunan kuil terbesar di bandar ini. Selain daripada itu, ia adalah tempat yang tenang untuk melarikan diri dari kesibukan bandar.

jogyesa temple

Menarik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Visit Korea

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...