Ikuti Kami:

Rambut Stail Baru Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’, Ketampanan Kim Soohyun Jadi Buah Mulut Netizen

Rambut Stail Baru Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’, Ketampanan Kim Soohyun Jadi Buah Mulut Netizen

Kim Soo-hyun tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon Korea yang yang lengkap dengan wajah yang rupawan selain berbakat besar. Kesemua drama yang diterajuinya sudah pasti akan menarik perhatian ramai peminat K-Drama termasuklah yang terbaru ini iaitu “It’s Okay To Not Be Okay”.

Bagi peminat setia drama psikologi ini, anda tahu bahawa watak Moon Gang-tae adalah seorang yang tidak kisah mengenai penjagaan diri sendiri dek memberi fokus untuk menjaga abangnya yang berada dalam spektrum autisme. Jadinya, lelaki ini sering berpakaian biasa sahaja dengan rambutnya yang sentiasa disisir ke bawah.

it's okay to not be okay

Walaubagaimanapun, penonton jadi tak senang duduk apabila Gang-tae telah muncul dengan penampilaan baru iaitu bersut lengkap dengan rambutnya distailkan ke atas pada episod kelmarin (26 Julai). Bahkan penampilannya itu telah trending di serata laman komuniti Korea dan juga Twitter.

Bahkan ada individu yang telah mengumpul gambar bergerak bagi menangkap momen tersebut sebab terpana melihat ketampanan Kim Soo-hyun!

kim soohyun rambut sisir ke ataskim soohyun rambut sisir ke atas

Saya mula mengelamun bila menonton babak mereka menangkap gambar keluarga..

 

Saya menonton episod ini untuk menyaksikan kembali babak tersebut.

 

Saya lebih suka rambutnya ke bawah…

 

Saya rasa inilah saat dia paling tampan dalam drama ini. Saya terpersona dan dan simpan semua gambarnya.

 

Saya sedar bahawa dia kacak tetapi suasana tersebut menjadi lebih dramatik.. Saya suka rambutnya ke atas!

Semakin meningkat usia, Kim Soo-hyun kelihatan semakin tampan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...