Bukan sekali atau dua kali, tetapi Lee Yi-kyung dan Lee Mi-joo terus terpalit dengan gosip cinta.
Baru-baru ini, video kedua selebriti itu berkelakuan intim di belakang pentas sebuah majlis anugerah menjadi bualan ramai. Sebuah klip di mana Lee Mi-joo dan Lee Yi-kyung berpegangan tangan sambil meramas jari semas di belakang pentas telah dimuat naik di laman sosial seperti Instagram.
Video itu dirakam oleh peminat semasa menghadiri acara ‘Anugerah Carta Muzik Circle’ Februari lalu.
Walau bagaimanapun, Lee Mi-joo berterusan menafikan hubungan di antara mereka ketika siaran program “Problematic Child In House” baru-baru ini,
Tiada apa kepastian yang boleh saya katakan sekarang. Kami hanya abang dan adik.
Ulas Lee Mi-joo, dia tidak boleh membayangkan situasi di mana dia boleh bercium bersama Lee Yi-kyung.
Adakah…
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉