“Ramai Tinggal Komen Positif” – DOLLA Terkejut Isu Tiru BLACKPINK Dapat Liputan Media Luar Negara

dolla tiru blackpink

Siapa sangka dakwaan yang mengatakan kumpulan DOLLA meniru kumpulan K-Pop BLACKPINK telah mendapat liputan sehingga ke media luar negara sekaligus melonjakkan populariti kumpulan baru itu.

Memandang daripada sudut positif, ahli DOLLA iaitu Sabronzo mengatakan bahawa perkongsian daripada media luar negara itu merupakan satu peluang untuk mereka membina nama dan meraih peminat baru.

Pada awalnya saya tak sedar portal yang keluarkan artikel itu sehinggalah ahli kumpulan  lain memaklumkan mengenai perkara itu… memang terkejut sebab tak sangka mereka sudi menulis mengenai kami.

dolla tiru blackpink

Meskipun kandungan artikel tersebut berbaur negatif dek kisah BLACKPINK dan seksi, namun ia bukanlah sesuatu benda baharu yang disebut mengenai kumpulan tersebut, lantas ia tidak mematahkan semangat mereka.

Bahkan selepas berita itu disiarkan di beberapa portal hiburan antarabangsa seperti di Korea Selatan, Indonesia dan Singapura, nama DOLLA mula trending di Twitter.

Pun begitu, terdapat hikmah yang baik disebalik insiden ini kerana jumlah tontonan MV lagu “Make You Wanna” mula meningkat naik disebabkan oleh orang luar negara yang menunjukkan minat terhadap kumpulan itu. Malah jumlah tontonan di Instagram dan TikTok rasmi DOLLA juga bertambah.

Mungkin mereka nak menilai sendiri persamaan DOLLA dan BLACKPINK. Tapi kebanyakannya meninggalkan komen positif dan syukur mereka suka dengan identiti yang kami bawa.

dolla tiru blackpink

Kalau pun ada komen yang negatif, DOLLA menerimanya dengan hati yang terbuka dan akan cuba memperbaiki apa yang kurang. Malah setiap daripada mereka mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak.

Mana tahu dapat kumpul peminat luar negara kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply