Ikuti Kami:

Ramai Teruja Lihat Shin Minah & Kim Seonho Serasi Dalam Sesi Baca Skrip ‘Seashore Village ChaChaCha’

Ramai Teruja Lihat Shin Minah & Kim Seonho Serasi Dalam Sesi Baca Skrip ‘Seashore Village ChaChaCha’

Pastinya ramai yang dah teruja habis nak saksikan gandingan dua pelakon ‘lesung pipit dalam’ nanti kan?

“Seashore Village ChaChaCha” membawa Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) seorang wanita yang memiliki kebijaksanaan dan kecantikan. Dia sangatlah berani dan disayangi namun boleh jadi kelam-kabut juga pada sesetengah masa. Hong Doo-shik (Kim Seon-ho) pula ialah seorang penganggur yang hebat dalam pelbagai kerja lain dan sering membantu penduduk di perkampungan persisiran pantai itu.

Lihat sahajalah keserasian antara mereka dalam foto yang diriliskan ketika sesi pembacaan skrip drama ini.

tvn seashore village chachachaDrama ini turut disertai oleh Lee Sang-yi yang membawa watak Ji Sung-hyun, seorang pengarah produksi rancangan hiburan yang popular.

Antara pelakon lain yang bakal menghiasi drama ini ialah Gong Min-jung, Kim Young-ok, Jo Han-chul, In Gyo-jin, Lee Bong-ryun, Cha Chung-hwa, Lee Yong-yi, Shin Shin-ae dan Kang Hyung-suk.

Tak sabar betul nak tengok drama ini, mesti comel!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...