Ikuti Kami:

Ramai Kesal Lihat Ending ‘Record Of Youth’, Episod Akhir Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Ramai Kesal Lihat Ending ‘Record Of Youth’, Episod Akhir Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tayangan

Selepas 16 episod memainkan perasaan penonton, “Record Of Youth” akhirnya menamatkan siarannya semalam.

Sinopsis ringkas

“Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.

Kesudahan yang tidak diharapkan

[Amaran SPOILER]

Sa Hye-jun dan Ahn Jeong-ha akhirnya membuat keputusan untuk berpisah meskipun lelaki itu berusaha untuk meyakinkan bahawa dia akan melakukan yang lebih baik untuk hubungan mereka. Pun begitu, wanita tersebut merasakan bahawa dia perlukan masa untuk mengenali semula dirinya yang sudah lain daripada yang dahulu dan mengejar cita-citanya.

episod akhir record of youth

Penonton menarik nafas lega apabila Won Hae-hyo terus menyokong Sa Hye-jun dan tidak melalui plot klise di mana dia membelot terhadap rakan baiknya itu atas alasan cemburu. Bahkan kedua mereka turut menyertai latihan khidmat ketenteraan pada waktu yang sama meskipun ditentang orang sekeliling mereka.

Sedikit sedih apabila melihat Sa Hye-jun akhirnya merungkaikan hubungan yang ebrbelit dengan ayahnya sebelum dia pergi selama 2 tahun. Disebabkan oleh ‘rasa tidak sempurna’ nyata membuatkan ayah lelaki itu sering menentang keputusan anaknya yang sentiasa sempurna segalanya.

episod akhir record of youth

Melompat ke dua tahun kemudian, Ahn Jeong-ha kini merupakan seorang yang berjaya dalam kariernya manakala Sa Hye-jun sudah pun pulang dan sedang berbincang untuk membintangi drama baru. Tanpa disangka, kedua mereka kembali berjumpa dan lelaki itu terpandangkan kasut yang diberikannya dahulu kini dipakai oleh wanita tersebut.

Pun begitu, Ahn Jeong-ha menafikan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap lelaki itu dan menjelaskan bahawa dia menyarungkannya kerana ia sangat selesa. Kesudahan tergantung tersebut membuatkan penonton berasa tidak puas dek watak mereka yang tidak kembali bersama.

episod akhir record of youth

[SPOILER Tamat]

Rating tinggi sepanjang tayangan

“Record Of Youth” ternyata berjaya menarik perhatian orang ramai bagi melihat susah payah orang muda untuk menjalani kehidupan mereka. Mungkin disebabkan ini ianya mampu meraih rating baik sepanjang tayangan malah memecahkan rekod peribadi pada episod terakhirnya dengan catatan rating 8.74%.

Lebih dahsyat kerana ia turut pernah disenaraikan sebagai antara drama popular dalam ranking Netflix Global sebelum ini.

Apa kata anda dengan kesudahan drama ini? Okay tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...