Ikuti Kami:

Ramai Selebriti Korea Batalkan Jadual Bagi Menghormati Pemergian Moonbin ASTRO

Ramai Selebriti Korea Batalkan Jadual Bagi Menghormati Pemergian Moonbin ASTRO

Berita mengenai kematian Moonbin ASTRO masih lagi mengejutkan ramai orang sehingga kini..

Bagi yang belum tahu, Moonbin telah ditemui meninggal dunia di rumahnya pada 19 April jam 8:10 malam waktu Korea.

Bagi menghormati pemergian idola berbakat itu, ramai selebriti Korea telah membatalkan segala aktiviti yang telah dijadualkan pada hari ini atau minggu ini.

Pertama sekali adalah kumpulan BILLLIE, di mana salah seorang ahlinya iaitu Moon Sua, adalah adik kandung kepada mendiang Moonbin. Menurut agensi, BILLLIE akan membatalkan semua aktiviti selama 1 minggu sebagai perkabungan kepada abang Moon Sua.

Seterusnya rakan ahli ASTRO iaitu Cha Eun-woo turut dilapor terus bergegas pulang ke Korea dari Amerika selepas mengetahui mengenai berita kematian Moonbin. Manakala MJ telah mengambil cuti kecemasan dari khidmat tentera bagi menghadiri pengebumian sahabatnya itu.

astro members

Kemudian, IU juga telah membatalkan sesi temu bualnya hari ini untuk filem “Dream”, sebagai tanda penghormatan buat si mati.

Selain itu, kumpulan LE SSERAFIM tidak akan mengadakan sesi bergambar dalam perjalanan mereka ke program “Knowing Brothers” hari ini namun, rakaman akan diteruskan seperti biasa.

Tambahan, kumpulan iKON yang bakal membuat kemunculan semula tak lama lagi, juga telah menangguhkan keluaran teaser untuk konsep mereka ke hari esok.

Semoga segalanya dipermudahkan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...