Ikuti Kami:

Ramai Peminat Tertanya, JYP Beri Penjelasan Tentang Kontrak Berbeza Ahli 2PM

Ramai Peminat Tertanya, JYP Beri Penjelasan Tentang Kontrak Berbeza Ahli 2PM

Pada 15 Disember, JYP Entertainment menjawab soalan mengenai kontrak eksklusif 2PM.

Selepas ahli Chan-sung mendedahkan keputusannya untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama JYP pada bulan depan, ramai peminat mempersoalkan tentang keputusan ahli 2PM yang lain, sama ada untuk memperbaharui kontrak mereka bersama JYP Entertainment ataupun tidak.

Menurut JYPE,

Setiap ahli 2PM memperbaharui kontrak mereka pada tempoh masa yang berbeza, jadi kontrak setiap ahli akan tamat pada tempoh yang berbeza. Dalam kes Chan-sung, kontraknya yang diperbaharui akan tamat pada Januari 2022. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak masa yang tinggal sebelum kontrak Jun.K, Nichkhun, Woo-young dan Jun-ho tamat.

Sementara itu, Taec-yeon telah keluar dari JYP Entertainment pada tahun 2018, menjadi ahli pertama kumpulannya yang berada di bawah agensi lain. Selepas itu, dia menandatangani dengan label lakonan 51K. Bagaimanapun, Taec-yeon membuktikan pada awal tahun ini, walaupun diuruskan oleh agensi berbeza, kumpulan K-Pop itu boleh terus mempromosi sebagai satu pasukan melalui kerjasama.

2pm jyp

Walaupun tiada perkara lain yang telah diputuskan mengenai rancangan Chan-sung selepas meninggalkan JYP Entertainment, idola itu meyakinkan peminat dalam surat tulisan tangannya bahawa dia akan terus mempromosi sebagai ahli 2PM.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...