Ikuti Kami:

Ramai Pelakon Elak Bayar Cukai, Pemilihan Song Jihyo Sebagai ‘Pembayar Cukai Contoh’ Jadi Bualan

Ramai Pelakon Elak Bayar Cukai, Pemilihan Song Jihyo Sebagai ‘Pembayar Cukai Contoh’ Jadi Bualan

Nampaknya kita ada wajah baru bagi sebagai pembayar cukai contoh di Korea!

Selepas Lee Seung-gi dan Jo Bo-ah, Kim Soo-hyun dan Song Ji-hyo pula diangkat sebagai duta perhubungan awam bagi Perkhidmatan Cukai Kebangsaan.

Pada 3 Mac, ketika sambutan Hari Pembayar Cukai ke-57, perkhidmatan awam itu telah menjayakan acara berkaitan dengan menjemput 1,000 orang termasuk, pembayar cukai contoh di COEX, Seoul dengan slogan ‘Bayaran cukai jujur, kewangan kukuh’.

kim soohyun song jihyo

Dalam tempoh 53 tahun, presiden Yoon Seok-yeol menghadiri acara itu selain turut memberikan token penghargaan buat model yang dilantik mereka iaitu Song Ji-hyo dan Kim Soo-hyun.

Dengan lantikan ini, mereka berharap agar orang awam akan lebih tertarik dengan pengurusan cukai kebangsaan selain menyertai pelbagai aktiviti promosi untuk mempromosikan budaya pembayaran cukai ini.

Lantikan ini turut menarik perhatian ramai memandangkan hangat isu selebriti Korea melarikan diri daripada membayar cukai. Antara nama yang disebut ialah Kwon Sang-woo, Lee Min-ho, Kim Tae-hee dan ramai lagi.

Cayalah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...