Ikuti Kami:

Ramai Di Korea Terjejas Dek Taufan Hagupit, Pasangan Kim Woobin & Shin Minah Derma Lebih RM350,000

Ramai Di Korea Terjejas Dek Taufan Hagupit, Pasangan Kim Woobin & Shin Minah Derma Lebih RM350,000

Belum habis menangani isu COVID-19, Korea Selatan kini berada dalam mod krisis apabila negara tersebut telah dilanda Taufan Hagupit yang menyebabkan hujan lebat tak berhenti, angin kuat dan juga runtuhan tanah. Menyedihkan apabila 14 mangsa telah dilaporkan maut dek tragedi ini manakala 12 orang masih lagi dilaporkan hilang.

Disebabkan oleh bencana yang tidak dijangka ini, ramai selebriti Korea yang telah menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas teruk seperti kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Antara daripada yang menghulurkan bantuan itu ialah pasangan selebriti popular Shin Min-ah dan Kim Woo-bin.

taufan hagupit

Menurut laporan media, kedua selebriti ini telah mendermakan 50 milion won (RM176,898) masing-masing kepada organisasi yang ditugaskan untuk membantu mangsa Taufan Hagupit ini.

Bahkan ini bukanlah kali pertama Kim Woo-bin dan Shin Min-ah mendermakan wang bagi membantu golongan yang memerlukan. Baru-baru ini sahaja, mereka telah menghulurkan sejumlah wang yang banyak untuk mangsa COVID-19 dan pelakon wanita itu juga merupakan penderma setia bagi komuniti orang tua yang tinggal sendirian selain menyediakan bantuan buat guru yang menguruskan pelajar yang kurang kemampuan. Kim Woo-bin pula sentiasa menghulurkan derma kepada pesakit kanser.

shin minah dan kim woobin derma buat mangsa taufan hagupit

Malahan bukan sahaja Shin Min-ah dan Kim Woo-bin sahaja yang mendermakan sejumlah wang buat mangsa Taufan Hagupit, bahkan Yoo Jae-suk, Yoo In-na, Song Joong-ki, Park Seo-joon dan lain-lain turut dilaporkan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Semoga rakyat Korea dapat melepasi dugaan ini tak lama lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...