Bukan sahaja handsome dan berbakat, tapi Cha Eun-woo ternyata kaya meskipun baru berusia 24 tahun.
Menurut laporan media, ahli kumpulan ASTRO itu telah membeli sebuah flat mewah di Ville Polaris Penthouse secara tunai tanpa pinjaman bernilai 4.9 bilion won (RM17.3 juta). Hal ini nyata dicemburui ramai memandangkan Cha Eun-woo yang masih muda.
Khabarnya flat itu hanya mempunyai satu pintu bagi setiap tingkat, sekaligus menjanjikan privasi yang maksima. Selain itu, kediaman tersebut dikatakan mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air.
Sumber turut mengatakan bahawa Cha Eun-woo membeli rumah berkenaan daripada Choi Chi-hoon, pengerusi lembaga pengarah bagi sektor pembinaan Samsung iaitu Samsung C&T Corporation.
Lagi pula, pelakon Park Min-young turut dikatakan tinggal di penthouse berkenaan.
Mesti ibu bapa Cha Eun-woo berbangga dengan pencapaian anak mereka kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.