Ikuti Kami:

“Rakan Tak Dapat Hadir”- KARA Beri Ucapan Buat Mendiang Goo Hara Di ‘Seoul Music Awards’

“Rakan Tak Dapat Hadir”- KARA Beri Ucapan Buat Mendiang Goo Hara Di ‘Seoul Music Awards’

Nampaknya, pemergian mendiang Goo Ha-ra masih lagi terasa hingga ke hari ini.

Malam tadi telah berlangsungnya majlis anugerah ‘Seoul Music Awards ke-32’ yang bertempat di KSPO DOME, Seoul.

Untuk maklumat korang, kumpulan generasi kedua iaitu KARA telah diumumkan sebagai pemenang bagi anugerah ‘Special KPOP Award’ di majlis berprestij itu.

kara seoul music award

Ketika sedang menerima anugerah, salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu Gyu-ri memberi ucapan,

Berdiri di tempat seperti ini buat pertama kalinya dalam masa yang lama, sejujurnya saya tidak mahu berkata apa. Kami mengeluarkan album pada 2022 untuk memperingati ulang tahun ke-15 debut kami, tetapi saya tidak pernah menyangka kami akan menerima begitu banyak sambutan yang baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu dalam menjayakan album baru kami.

Kemudian, Seung-yeon juga membuat ucapan buat mendiang Goo Ha-ra,

Kami mempunyai rakan yang tidak dapat menghadiri majlis hari ini, dan kami dengan senang hati akan menerima anugerah ini bersama-sama.

kara 32nd seoul music award

Sedikit info, KARA telah membuat kemunculan semula pada 7 November lalu selepas tujuh tahun berehat. Kini, mereka kembali untuk menyambut ulang tahun mereka yang ke-15 sejak debut.

Sedihnya bila teringat akan mendiang Goo Ha-ra.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...