Rasanya ramai melihat Jeon Do-yeon dengan pandang yang lain dan kagum apabila wanita itu berjaya mencabar dirinya membawa watak romantik dalam “Crash Course In Romance”.

Terbaru, pelakon wanita berusia 50-an itu telah menjalani temubual istimewa bagi menyambut pengakhiran drama Netflix itu.
Di dalam drama itu, Jeon Do-yeon membawa watak Nam Haeng-seon iaitu pemilik kedai lauk dan menjalinkan hubungan cinta bersama Choi Chi-yeol, seorang pengajar matematik. Disebabkan keserasian yang ‘sweet’ antara mereka, drama tersebut berjaya menyaksikan peningkatan rating pada saban episod dan berakhir dengan angka 17%.
Apabila menyebut mengenai “Crash Course In Romance”, pastinya ramai terbayang babak ciuman intim antara Jeon Do-yeon dan Jung Kyung-ho. Apabila ditanya mengenai reaksi anaknya selepas menonton babak berkenaan, jawab pelakon wanita itu tertawa,
Anak saya langsung tak boleh tonton interaksi tersebut bersama Chi-yeol (Jung Kyung-ho)
Jelasnya lagi,
Ada rakan di sekolahnya yang bertanya, ‘Apa perasaan lihat ibu awak cium lelai lain?’. Ianya sama seperti apabila orang bertanya apa perasaan saya apabila melakonkannya.
Untuk pengetahuan, Jeon Do-yeon berkahwin dengan bekas pelumba kereta Kang Si-kyu dan mempunyai anak perempuan berusia 14 tahun kini.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉