Ikuti Kami:

Rakan Baik Pendam Perasaan Selama 10 Tahun, Rating Episod Awal ‘More Than Friends’ Rendah

Rakan Baik Pendam Perasaan Selama 10 Tahun, Rating Episod Awal ‘More Than Friends’ Rendah

Bila tengok drama cinta tak berbalas atau pun rakan-ke-pasangan, pastinya kita akan tepuk dada dan rasa macam nak jerit ke arah televisyen supaya kedua watak utama tidak melengahkan masa dan menafikan perasaan masing-masing.

Nampaknya perkara yang sama akan berulang kembali dengan drama “More Than Friends” yang baru sahaja ditayangkan di JTBC baru-baru ini.

Sinopsis ringkas

Disebabkan satu salah faham, Lee Soo (Ong Seong-woo) dan Kyung Woo-yeon (Shin Ye-eun) memendam rasa suka antara satu sama lain selama 10 tahun lamanya. Lelaki itu merupakan seorang jurugambar dan mempunyai rupa yang tampan manakala wanita tersebut pula adalah penulis kaligrafi. Ikuti kisah cinta tidak berbalas sejak kedua mereka berusia 18 tahun lagi.

jtbc more than friends

Episod awal yang menyesakkan

Sesiapa yang tonton dua episod awal ini pastinya rasa macam nak cubit sahaja Lee Soo kerana tak sedar langsung perasaannya sendiri dan sanggup menolak pengakuan cinta Woo-yeon. Bayangkan selepas itu, lelaki tersebut menghilangkan diri sehingga ke Amerika selama 10 tahun lamanya sebelum kembali dan berjumpa dengan wanita itu.

Meskipun tampil kekok dengan cinta monyet semasa waktu sekolah, tetapi nampaknya kedua mereka kini sudah matang selepas menginjak dewasa. Pertemuan semula di kepulauan Jeju nyata membuatkan suasana di antara kedua mereka lebih romantik berbanding ketika remaja dahulu.

jtbc more than friends

Pun begitu, “More Than Friends” hanya mampu meraih rating sebanyak 1.4% dan 1.5% untuk dua episod terawal ini walaupun meraih perhatian ramai.

Mungkin ianya akan menaik dalam episod akan datang. Siapa tahu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...