Ikuti Kami:

Rakan Baik Goo Hara, Han Seungyeon Tidak Mampu Menahan Sebak Selepas Diserbu Wartawan

Rakan Baik Goo Hara, Han Seungyeon Tidak Mampu Menahan Sebak Selepas Diserbu Wartawan

Sedar tidak sedar, sudah genap sebulan idola terkenal iaitu Goo Hara telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Meskipun tidak diumumkan secara spesifik mengenai kematiannya tetapi ramai yang menebak bahawa gadis berusia 27 tahun itu telah membuat keputusan drastik dengan mengambil nyawanya sendiri.

Orang yang paling bersedih dengan kematian ini mestilah keluarganya dan juga teman rapat yang bersusah senang bersamanya. Antara yang kelihatan tidak tentu arah selepas kematian Goo Hara adalah selebriti Han Seungyeon iaitu juga merupakan antara kawan baiknya. Mereka berdua rapat kerana aktif di dalam kumpulan KARA sejak tahun 2008 dan masih lagi berkawan rapat meskipun kumpulan itu sudah dibubarkan pada 2016.

kara

Menurut khabar angin, selepas berita kematian idola itu tersebar di media masa, Seungyeon adalah antara orang pertama yang bergegas ke tempat kejadian kerana mahu melihat sendiri sama ada berita itu sahih atau pun tidak. Bahkan mereka dikatakan telah berjumpa untuk bersembang beberapa hari sebelum kejadian tragis itu berlaku.

kara han seungyeon dan hara

Baru-baru ini, Seungyeon telah berada di lapangan terbang untuk berlepas ke luar negara bagi memenuhi jadual seninya. Walaubagaimanapun, selepas dikerumuni oleh ramai wartawan yang memegang kamera besar, wajah gadis itu mula kelihatan hiba dan tidak selesa. Dia juga asyik menunduk ke bawah dan kerana tidak tahan, dia terduduk dan mula menangis. Sepanjang proses menguruskan hal check-in penerbangannya, dia masih duduk sambil ditenangkan oleh rakan stafnya.

Meskipun kelihatan sedikit stabil selepas itu kerana dia sudah boleh tersenyum tetapi ramai yang perasan bahawa dia masih kelihatan hiba. Netizen menebak bahawa Seungyeon berkemungkinan masih bersedih dengan kematian rakan baiknya itu. Dia juga kelihatan berpakaian serba hitam yang sinonim dengan orang yang masih berkabung.

“Atas sebab apa lagi dia menangis? Seorang adik yang berkerja dengannya telah membunuh diri tetapi semua orang sibuk bergembira menyambut Krismas… di mana dia juga terpaksa melakukan sedemikian di hadapan orang ramai. Bukankah ia akan membuat anda sedih? Sebelum awak merungut bahawa mereka membuat duit yang banyak, tolonglah ingat bahawa selebriti juga merupakan anak kepada ibu bapanya.”

“Saya pasti dia berasa tertekan muncul di hadapan khalayak ramai buat pertama kalinya selepas kejadian itu.”

“Mungkin dia teringat semasa di bersama-sama menjelajah ke merata tempat dengan Goo Hara. Apa-apa pun, terus bersemangat.”

“Hari ini genap sebulan Goo Hara tiada. Saya pasti dia bersedih kerana hal itu.”

“Saya seram membayangkan ramai orang menyorong kamera DSLR ke muka saya semasa sedang menangis.”

han seungyeon sedih

Semoga Seungyeon terus bertabah dalam menghadapi dugaan ini!

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...