Ikuti Kami:

Raja Wanita Sembunyi Identiti Sebenar, Park Eunbin Dilamar Terajui Drama Bersejarah ‘Yeonmo’

Raja Wanita Sembunyi Identiti Sebenar, Park Eunbin Dilamar Terajui Drama Bersejarah ‘Yeonmo’

Selepas tamat drama “Do You Like Brhms?”, nampaknya Park Eun-bin mungkin akan kembali ke kaca televisyen anda tidak lama lagi.

Menurut seumber media, pelakon wanita itu akan menerajui sebuah drama KBS baru bertajuk “Yeonmo”. Malah agensinya iaitu Namoo Actors turut mengesahkan bahawa dia ada menerima tawaran daripada drama itu dan sedang mengakajinya.

Berdasarkan daripada sebuah komik Korea, “Yeonmo” menceritakan kisah seorang raja yang dilupakan dan tidak wujud dalam mana-mana sejarah. Raja ini juga terpaksa menyembunyikan kenyataan bahawa dia sebenarnya adalah seorang wanita. Drama ini akan menonjolkan kisah romantik mendebarkan di antara raja wanita dan watak kacak di sekelilingnya di dalam kawasan yang bahaya dan tegas.

park eunbin

Jika Park Eun-bin menerima tawaran ini, dia akan membawa watak Lee Hwi, raja wanita yang mempunyai rahsia besar. Lee Hwi juga digambarkan mempunyai kulit yang cerah, mata yang dingin dan memiliki rupa kemas di antara lelaki kacak dan wanita cantik. Dia asyik melalui kesusahan dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dan sentiasa menampilkan wajah yang tidak berekspresi untuk menutup kebenaran.

Macam best sahaja plotnya! Harap Park Eun-bin terima tawaran ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...