Ikuti Kami:

Raih Rating Tertinggi Untuk Slot Isnin-Selasa Sepanjang Tayangan, ‘Good Casting’ Tamat Dengan Pujian

Raih Rating Tertinggi Untuk Slot Isnin-Selasa Sepanjang Tayangan, ‘Good Casting’ Tamat Dengan Pujian

Sering menjadi sebutan ramai kerana elemen aksi dan lawaknya, drama “Good Casting” yang ditayangkan di saluran SBS sudah pun menamatkan tayangannya pada 16 Jun lepas.

Sinopsis ringkas

Baek Chan-mi (Choi Kang-hee) adalah seorang ejen ‘lejen’ dalam National Intelligence Service (NIS) satu ketika dahulu tetapi kerana dedikasi kerjanya yang melampau, rakan sekerjanya telah meninggal dan dia juga terlepas daripada menangkap targetnya. Disebabkan oleh itu, wanita tersebut dipindahkan jabatan dan bekerja untuk pasukan pelindungan siber.

Pun begitu, setelah sekian lama, dia dipilih untuk melakukan penyamaran bagi satu kes pencurian kekayaan intelektual yang melibatkan syarikat terbesar di Korea. Sama-sama saksikan telatah serius dan kelakar detektif ini dalam masa yang sama dia cuba merungkai misteri kes tersebut.

drama good casting

Episod akhir penuh aksi

Selepas bertungkus lumus melakukan penyamaran, Chan-mi, Ye-eun (Yoo In-young) dan Mi-sun (Kim Ji-young) akhirnya berjaya menjerat Lee Michael iaitu dalang kepada kes jenayah terbesar dalam bidang IT di Korea.

Bukan itu sahaja, Chan-mi juga akhirnya mengakui cintanya kepada Yoon Seok-ho (Lee Sang-yeob) selepas memendamnya sekian lama. Bahkan hubungan kasih di antara Ye-eun dan juga Woo-won (Lee Jun-young) kian bercambah dan berbunga-bunga selepas pasangan itu menyatakan rasa cinta kepada satu sama lain.

episod akhir good casting

Rating tertinggi untuk slot drama Isnin-Selasa

Menurut Nielsen Korea, episod terakhir “Good Casting” telah merekodkan purata rating sebanyak 7.9% dan 9.8% di seluruh negara. Selepas mengekalkan catatan dalam lingkungan 8% sahaja selama 8 episod berturut-turut, naskhah ini berjaya meraih lebih 1.7% daripada rating episod sebelumnya. Pun begitu, sayangnya drama ini tidak dapat memecahkan rekod tertinggi rating yang dicatatkan semasa episod perdana iaitu 12.3%

episod akhir good casting

“Good Casting” turut menerima pujian ramai kerana kekal di tangga teratas untuk slot drama Isnin-Selasa sepanjang tayangannya. Bahkan, kesemua penonton ‘demand’ supaya drama ini kembali untuk musim kedua kerana mereka tidak puas menontonnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...