Ikuti Kami:

Raih Rating Terbaik, Ending ‘Voice 4’ Beri Klu Mengejut Buat Musim Seterusnya

Raih Rating Terbaik, Ending ‘Voice 4’ Beri Klu Mengejut Buat Musim Seterusnya

Penuh debaran sehingga ke penghujungnya, ‘Voice 4’ akhirnya melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

Musim terbaru ini akan membawa penonton menyaksikan pasukan “Golden Time” berlawan dengan seorang pembunuh zalim yang mempunyai kelebihan pendengaran yang lagi hebat daripada mereka.

Diakhiri dengan persoalan

[Amaran SPOILER]

Gerak Dong Bang-min (Lee Kyu-hyung) akhirnya dapat dipatahkan dek ingatan Kang Kwon-joo mengenai keberadaan mereka di sebuah hospital lama dahulu. Akhirnya penjenayah itu berjaya diberkas oleh pasukan ‘Golden Time’ yang diketuai oleh Derek Jo (Song Seung-heon).ending voice 4Bukan itu pengakhirannya, apabila penonton disajikan dengan persoalan baru apabila Kang Kwon-joo (Lee Ha-na) dilawati oleh seorang wanita yang sepertinya tahu mengenai asal-usul kebolehan pendengarannya itu.

Saya berjumpa dengan orang yang tahu rahsia mengenai pendengaran saya. Saya akan melawat mereka buat sementara waktu kerana ada perkara yang perlu diselesaikan. Saya pasti akan kembali lagi.

Wanita itu kemudiannya menghilangkan diri, dan Derek Jo yang melihat logo Fabre Lab terus menghubungi pasukan ‘Golden Time’. Disangka sudah mati, Bang Je-soo (Kwon Yul) rupanya masih hidup dan sepertinya dalam misi menjejaki Kang Kwon-joo.ending voice 4Pengakhiran mengejutkan itu nyata membuatkan ramai tak sabar menantikan musim kelima “Voice”.

Rating tertinggi

Mempunyai 14 episod kesemuanya, episod terakhir “Voice 4” berjaya mencipta rekod buat musim terbaru ini. Duduk selesa dalam lingkungan 3% sebelum ini, episod ini berjaya mencatatkan rating 4.372%, satu pencapaian yang membanggakan.

Pun begitu, ia tidak mampu mengalahkan rekod peribadi terbaik siri ini yang dicatatkan semasa episod terakhir musim kedua sebelum ini iaitu 7.086%.

Okay tak korang musim kali ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...