Ikuti Kami:

Raih Rating Serendah 0%, Kenapa Drama Tentang Idola K-Pop Kurang Dapat Sambutan?

Raih Rating Serendah 0%, Kenapa Drama Tentang Idola K-Pop Kurang Dapat Sambutan?

Tidak dinafikan bahawa K-Drama kerap mengambil tema idola atau K-Pop sebagai rencah utama dalam plotnya. Disebabkan itu, banyak naskhah yang membawa kisah kesusahan mereka dalam mencapai cita-cita sekaligus mengecap populariti di dalam arena itu.

Walaubagaimanapun, meskipun K-Pop popular di seluruh dunia namun drama yang bertemakannya seperti kurang mendapat sambutan ramai. Mengapa agaknya naskhah sebegini terus dihasilkan meskipun meraih rating yang rendah hingga 0%?

Sebagai contoh, “IDOL: The Coup” yang sedang ditayangkan kini di saluran JTBC hanya mampu bepuas hati dengan catatan bawah 1% pada saban episod walaupun disertai oleh selebriti seperti Hani (EXID), Exy (Cosmic Girls), dan Solbin (LABOUM) serta pelakon Kwak Si-yang.

jtbc idol: the coup

Malah “Imitation” dan “Let Me Be Your Knight” juga merupakan antara naskhah mengenai idola yang kurang mendapat perhatian peminat K-Drama selain terpaksa berpuas hati dengan rating rendah.

Pun begitu, hal ini bukanlah suatu yang normal pada suatu ketika dahulu memandangkan drama seperti “Dream High” dan “You Are Beautiful” berjaya mencipta fenomena semasa tayangannya.

kbs dream high

Menurut pendapat wakil industri drama, drama mengenai terus dihasilkan meskipun meraih rating rendah adalahmungkin kerana ia merupakan platform untuk idola dalam dunia nyata beralih ke dunia lakonan. Tak pun, ianya kurang mendapat sambutan kerana idola yang diterajuinya bukan merupakan artis popular.

Apa pun, masih ramai yang menyukai drama sebegini. Bagaimana dengan pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...