Ikuti Kami:

Raih Perhatian, Choi Hyunwook Kongsi Proses Uji Bakat Bagi Watak Dalam ‘Twenty Five, Twenty One’

Raih Perhatian, Choi Hyunwook Kongsi Proses Uji Bakat Bagi Watak Dalam ‘Twenty Five, Twenty One’

Lakonan Choi Hyun-wook dalam drama popular kini “Twenty Five, Twenty One” memang menarik perhatian kan?

Bagi yang belum tahu, Choi Hyun-wook sebelum ini pernah membintangi drama “Racket Boys” sebagai Na Woo-chan, dan sebagai Park Seung-tae dalam “Taxi Driver”. Selain itu, dia juga telah memenangi anugerah Pelakon Baharu Terbaik di Anugerah Drama SBS 2021. Terbaru, watak Choi Hyun-wook dalam drama “Twenty Five, Twenty One” sebagai Moon Ji-woong turut mendapat perhatian, dek lakonannya yang kelihatan semula jadi.

Ketika ditanya tentang bagaimana dia mendapat watak Moon Ji-woong dalam drama “Twenty Five, Twenty One”, Choi Hyun-wook merenung kembali proses uji bakatnya. Dia mendedahkan,

Ia adalah pada pertengahan musim panas, tetapi saya memakai jaket kulit kerana Ji-woong adalah penentu trend fesyen. Sesuatu yang lebih tebal daripada apa yang saya pakai sekarang. Apabila saya gugup, muka saya berpeluh banyak. Ketika itu, sebaik sahaja saya mula berlakon, peluh membasahi muka. Di samping itu, pengarah terus memberitahu saya, ‘Teruskan’, jadi saya fikir, ‘Saya gagal’. Tetapi selepas saya pergi, pengarah terus berkata, ‘Ini Ji-woong’.

Dia terus mengatakan bagaimana watak itu sesuai dengannya kerana keperibadiannya. Dia menjelaskan,

Saya rasa watak ‘gila-gila’ itu sesuai dengan saya. Ada beberapa bahagian yang melucukan Ji-woong kerana dia bercakap terus terang. Jika sesuatu itu cantik, dia berkata, ‘Cantik’. Jika dia menyukai sesuatu, dia berkata, ‘Saya suka’. Jika dia mahu bersama dengan seseorang, dia berkata, ‘Saya mahu bersama dengan awak’. Pengarah berkata dia menyukai saya kerana saya bercakap dengan serius. Dia kata saya yang paling kelakar.

choi hyunwook twenty five twenty one

Boleh tahan hebat kan lakonan Choi Hyun-wook?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...