Ikuti Kami:

Raih Jutaan Pengikut IG, Jung Hoyeon, Wi Hajoon & Lee Yoomi Bintang Sebenar ‘Squid Game’

Raih Jutaan Pengikut IG, Jung Hoyeon, Wi Hajoon & Lee Yoomi Bintang Sebenar ‘Squid Game’

“Squid Game” bukan sahaja membuktikan bahawa Korea mampu menyampaikan pelbagai cerita yang unik buat semua namun ia juga memperkenalkan ramai bakat baru dan lama yang mungkin tidak bersinar sebelum ini.

Meskipun dibarisi pelakon hebat seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo dan Heo Sung-tae namun nama yang terus menjadi sebutan ramai dan mengecap populariti yang luar biasa ialah Jung Ho-yeon, Wi Ha-joon dan Lee Yoo-mi.

Hal ini terbukti apabila jumlah pengikut di Instagram mereka meningkat berlipat kali ganda selepas “Squid Game” ditayangkan.

Hanya dikenali sebagai model sebelum ini, Jung Ho-yeon telah meraih lebih 4 juta pengikut baru selepas drama Netflix itu ditayangkan. Dari 400,000 pengikut, dia mempunyai 5.1 juta peminat yang mengikutinya kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HoYeon Jung(Chung) (@hoooooyeony)

Popular sebagai lelaki muda yang diminati wanita tua dalam “Romance Is A Bonus Book” dan “18 Again”, Wi Ha-joon juga mampu membawa watak jahat seperti di dalam filem “Midnight”. Selepas muncul dalam “Squid Game”, pelakon itu berjaya menarik 2 juta pengikut baru di Instagram di mana ia meningkat dari 360,000 sebelum ini.

Sudah 10 tahun berlakon, Lee Yoo-mi telah berlakon dalam pelbagai filem dan drama sebagai watak sampingan. Dengan “Squid Game”, wanita itu berjaya meninggalkan impak buat penonton meskipun hanya muncul dalam beberapa episod sahaja. Dari 44,000 pengikut sahaja, dia kini mempunyai 1.8 juta orang yang mengikutinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이유미 (@leeyoum262)

Populariti ini membuktikan bahawa watak yang dibawa oleh mereka berjaya menyentuh hati penonton selain membuktikan bakat yang terpendam di dalam diri masing-masing.

Anda dah follow belum mereka semua?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...