Ikuti Kami:

Putera Asia Masih Berbisa! Lee Kwangsoo Terima Banyak Hadiah Hari Jadi Daripada Peminat Luar Negara

Putera Asia Masih Berbisa! Lee Kwangsoo Terima Banyak Hadiah Hari Jadi Daripada Peminat Luar Negara

Siapa sahaja tak kenal dengan Lee Kwang-soo? Meskipun membuat kemunculan pertama dalam industri seni pada tahun 2008 tetapi pelakon itu mula mendapat perhatian ramai selepas menyertai rancangan popular “Running Man” pada tahun 2010. Popularitinya itu bukan sahaja menggegarkan Korea bahkan seluruh Asia. Bukan kaleng-kaleng tau!

Sedar tak sedar, selepas mengenali Lee Kwang-soo sejak berumur 25 tahun, lelaki tinggi lampai itu kini sudah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 tahun semalam. Fuhhh dah nak hampiri 40 tahun rupanya kan?

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya. Saya akan berusaha dengan lebih keras sepertimana keikhlasan dan kasih sayang yang mengiringi kesemua hadiah yang diberikan ini. Jaga kesihatan anda dan sentiasa berbahagia.

Bukan sahaja Lee Kwang-soo yang gembira menyambut hari bermakna tersebut malahan ahli “Running Man” iaitu Haha turut meninggalkan komen bagi meluahkan rasa kasih sayang kepada pelakon itu.

Lee Kwang-soo, saya sayang awak!

haha ucap selamat hari lahir buat lee kwangsoo

Daripada lambakan hadiah yang diterima, nampaknya Lee Kwang-soo masih lagi popular di serata Asia. Hebat kan ‘Putera Asia’ ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...