Ikuti Kami:

Punya Potensi, Drama ‘The King’s Affection’ & ‘Dr.Brain’ Kini Tercalon Dalam International Emmy Awards

Punya Potensi, Drama ‘The King’s Affection’ & ‘Dr.Brain’ Kini Tercalon Dalam International Emmy Awards

Drama “The King’s Affection” dan Lee Sun-gyun kini tercalon dalam anugerah hebat!

Akademi Seni dan Sains Televisyen Antarabangsa baru-baru ini mengumumkan pencalonan bagi anugerah “International Emmy Awards” pada tahun ini. Anugerah ini bakal mengiktirafkan pencapaian menerusi program televisyen yang pada asalnya dihasilkan dan disiarkan di luar Amerika Syarikat. park eunbinDrama terbitan KBS, “The King’s Affection” yang dibintangi oleh Park Eun-bin dan Rowoon SF9, kini tercalon bagi “Best Telenovela”. Penerbit eksekutif drama itu berkata,

Pencalonan ini adalah hasil daripada kasih sayang dan sokongan daripada penonton kami dari Korea dan luar negara. Kami akan memberikan segala usaha dan kerja keras untuk terus menghasilkan drama yang lebih baik selepas ini. 

Manakala, pelakon Lee Sun-gyun turut tercalon bagi “Best Performance by An Actor” untuk lakonannya dalam siri di Apple TV, “Dr. Brain”. dr brainAnugerah hebat, “2022 International Emmy Awards” ini akan diadakan pada 21 November di New York.

Korang rasa mereka akan menang tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...