Ikuti Kami:

PU Azman Gigih Tulis Dalam Bahasa Korea Untuk Wish Hari Jadi Pada ‘Kembarnya’ Lee Dongwook!

PU Azman Gigih Tulis Dalam Bahasa Korea Untuk Wish Hari Jadi Pada ‘Kembarnya’ Lee Dongwook!

Semua mesti tahu bahawa Lee Dongwook bukan sahaja berada di Korea. Betullah orang kata setiap orang ada 7 manusia yang muka sama dengannya dalam dunia ini dan salah seorang daripada ‘klon’ pelakon lelaki itu turut berada di Malaysia. Anda semua mesti tahu kan bahawa gerangan ‘klon’ itu adalah penceramah terkenal iaitu PU Azman!

Kalau anda nak tahu, PU Azman memang sering meninggalkan komen pada entri Instagram Lee Dongwook hampir saban hari. Para netizen pun ikut terhibur apabila membaca komen kelakarnya.

pu azman ucap selamat hari jadi pada lee dongwook

Terbaru, PU Azman juga tidak ketinggalan untuk memberikan ucapan selamat hari jadi kepada ‘rakan baik’nya itu yang menyambutnya pada tanggal 6 November. Tapi yang bestnya, penceramah itu tidak meninggalkan komen di entri Instagram Lee Dongwook seperti biasa, tetapi dia telah mendedikasikan satu entri khas di akaunnya sendiri.

 

Lawak betul apabila melihatkan PU Azman berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan ucapan dalam bahasa Korea kepada ‘kembar’nya itu.

“Dah tua kau, Wook. Selamat Hari Jadi Wook.. 6 November 1981.. Selamat Hari Jadi, Wook.. Wook Selamat Hari Jadi. Semoga sentiasa berbahagia. Kekal sihat. 

Moga Allah bimbing kau Wook..,” tulis kapsyennya itu.

Rata-rata peminat Lee Dongwook dan juga PU Azman terhibur sungguh melihatkan ucapan ini. Nampak betul penceramah ini merupakan peminat tegar pelakon K-Drama itu, sampaikan ingat tarikh hari lahirnya!

Sumber: Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...