Ikuti Kami:

Promosi Projek Sendiri Ketika Majlis Rasmi, Netizen Tuduh Park Bogum Langgar Undang-Undang Ketenteraan

Promosi Projek Sendiri Ketika Majlis Rasmi, Netizen Tuduh Park Bogum Langgar Undang-Undang Ketenteraan

Nampaknya ada netizen yang tak berpuas hati selepas Park Bo-gum sepertinya mempromosikan drama dan filem lakonannya ketika konsert yang dianjurkan oleh tentera laut.

Pada 27 Oktober, Tentera Laut Korea telah mengadakan konsert sempena sambutan ulang tahun ke-19 perdebatan bersama. Mungkin disebabkan pengalamannya, Park Bo-gum dipilih sebagai hos bersama pembaca berita Park Se-young.

Semasa majlis itu berlangsung, wanita tersebut telah menanyakan Park Bo-gum,

Awak kini sedang membintangi drama ‘Record Of Youth’, jadi mungkin ada yang tak sedar awak sebenarnya sedang manjalani khidmat ketenteraan. Bilakah awak memasuki tentera laut?

Jawab Park Bo-gum,

Saya sudah melengkapkan latihan dan kini baru sahaja pertama kali menyertai majlis rasmi pertama di kepulauan Jeju. Malam ini merupakan tayangan episod terakhir ‘Record Of Youth’ dan saya harap ramai yang menontonnya selepas menghiburkan diri dengan konsert ini.

park bogum tentera laut

Malah pelakon popular itu turut mempromosikan filem “Seobok” yang dibintanginya bersama Gong Yoo dan bakal menemui penonton Disember nanti.

Selepas konsert itu tamat, ramai yang mempersoalkan kenapa Park Bo-gum mempromosikan projeknya semasa sedang berkhidmat dalam ketenteraan. Mengikut undang-undang ketenteraan, tentera tidak boleh menyertai mana-mana kerja yang mendatangkan keuntungan semasa sedang berkhidmat.

Seorang netizen malahan memulakan petisyen atas talian yang mengatakan bahawa komen Park Bo-gum mengenai projeknya tersebut mungkin akan memberi kesan kepada rating dan jumlah penonton sekaligus boleh diklasifikasikan sebagai aktiviti mendapatkan keuntungan.

Dek perkara ini yang menjadi perbualan ramai, Tentera Laut Korea menjelaskan bahawa komen Park Bo-gum itu tidak bermasalah langsung.

Kenyataan Park Bo-gum kelmarin di majlis tersebut hanyalah respons kepada soalan rakan hosnya mengenai dirinya. Selepas kajian perundangan, disahkan bahawa ia adalah kejadian dan bukannya aktiviti untuk mendapatkan keuntungan. Pada masa hadapan, kami akan lebih teliti dalam mengkaji aspek ini apabila mengadakan aktiviti awam.

Bagi yang tidak tahu, Park Bo-gum memasuki tentera laut pada 31 Ogos dan sedang berkhidmat di bahagian promosi kebudayaan.

Malah “Record Of Youth” pun baru sahaja menamatkan tayangan dengan mencapai rating tertinggi sepanjang tayangan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...