Sejak “Running Man” mula ditayangkan sejak tahun 2010, semua orang mula jatuh cinta dengan pelakon Song Jihyo. Meskipun dah dikenali ramai menerusi pelbagai naskhah popular seperti “Princess Hour”, “Jumong”, “Frozen Flower” dan banyak lagi tetapi siapa sangka wanita cantik itu mempunyai sisi yang kelakar. Tipulah kalau ada yang kata dia tak sukakan Jihyo, personalitinya yang mempersonakan membuatkan semua orang jatuh suka.
Setelah bertahun-tahun menjadi ahli tetap rancangan hiburan yang popular di seluruh dunia itu, wanita itu nampak seperti sudah sedikit diam sejak beberapa tahun lepas. Ada yang menebak mungkin Jihyo masih lagi terguris apabila dia tidak semena-mena diminta keluar daripada rancangan itu pada tahun 2017 dan ada juga yang merasakan seperti “Running Man” hanya memberi fokus kepada ahli baru iaitu Sechan dan Somin. Tak kurang juga yang merasakan Jihyo sudah tidak lagi secergas dahulu.
Tapi sejak kebelakangan ini, Jihyo sudah nampak ceria dalam “Running Man” selain menunjukkan sisi kelakarnya kembali. Kalau anda nak tahu, wanita itu sebenarnya adalah seorang yang sangat ‘open’ dalam mana-mana rancangan hiburan pun. Lihat sahajalah kemunculannya dalam rancangan “Knowing Brother” baru-baru ini bersama Kim Mooyeol yang bertujuan untuk mempromosikan filem terbaru mereka iaitu “The Intruder”.
Konfiden dengan tariannya
#KnowingBros ep 221#SongJiHyo dance Gashina is so hilariously cute and her other performance with #KimMooYeol & Lee Sang Min is cute also