Ikuti Kami:

Promosi Acara Orang Kelainan Upaya Secara Percuma & Bersungguh, Netizen Puji Kebaikan Song Joongki

Promosi Acara Orang Kelainan Upaya Secara Percuma & Bersungguh, Netizen Puji Kebaikan Song Joongki

Sejuk hati bila terdengar sumbangan daripada Song Joong-ki yang baik ini.

Terbaru, seorang netizen telah berkongsi cerita mengenai pengalamannya mendapatkan khidmat Song Joong-ki.

Individu itu menceritakan bahawa dia terlibat dalam acara ‘Korea International Accessible Dance Festival’ (KIADA) yang akan berlangsung dari 16 ke 23 November ini. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan festival tarian khas buat orang kelainan upaya.

Katanya, Song Joong-ki tanpa banyak persoalan menerima permintaan untuk merekodkan ucapan sokongan buat acara itu. Kata individu itu,

Saya tidak mengenalinya dan saya mendapat alamat e-mel miliknya selepas bertanya sana dan sini. Saya menghantar e-mel di mana saya memintanya untuk melakukan video pendek daripada rumah. Pada ketika itu, terdapat berita yang mengatakan dia sedang menjalani kuarantin kendiri, jadi saya berasa bahawa dia mempunyai sedikit masa terluang.

Tambah individu itu lagi,

Kami menunggu hampir sebulan sebelum menerima ucapan daripadanya. Kami terkejut apabila melihat betapa seriusnya dia terhadap permintaan itu. Walhal kami meminta dia supaya merakamkannya menggunakan telefon bimbit sahaja di rumah. Kami tidak pernah berjumpa namun dia nampak ikhlas di dalam video itu.

Pendedahan itu nyata membuatkan ramai netizen yang sejuk hati mendengarnya. Malah mereka memuji Song Joong-ki kerana meminta rekod selama 6 bulan mengenai acara berkenaan supaya dapat bersedia dengan ucapan yang sepatutnya.

Lebih mengagumkan apabila lelaki itu tidak mengenakan sebarang caj langsung meskipun dia sering menerima bayaran yang mahal untuk penggambaran iklan. Lagi pula, dia bersiap dengan kemas bagi merakamkan video berkenaan.

Bahkan sejak cerita ini tersebar di serata media sosial, semakin ramai yang meninggalkan kata-kata manis buat Song Joong-ki atas usahanya itu.

Baik kan Song Joong-ki?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...