Ikuti Kami:

Program Relaks Tapi Kalut, ‘We Won’t Hurt You’ Rilis Klip Bong Taegyu, Yoon Jonghoon & Uhm Kijoon

Program Relaks Tapi Kalut, ‘We Won’t Hurt You’ Rilis Klip Bong Taegyu, Yoon Jonghoon & Uhm Kijoon

Sebelum ini dilaporkan bahawa tiga pelakon lelaki daripada “The Penthouse” bakal menyertai program hiburan baru di tvN kan? Nampaknya ia bakal bersiaran tak lama lagi.

Daripada teaser yang diriliskan, sudah nampak kekalutan Yoon Jong-hoon, Uhm Ki-joon dan Bong Tae-gyu dalam program “We Won’t Hurt You”.

Digambarkan sebagai program realiti penyembuhan dan juga kalut, ianya memaparkan ‘penjahat’ kebangsaan yang cuba mencari diri mereka semula. Biasa dengan imej jahat, ketiga-tiga mereka akan menghabiskan masa dengan tenang di tempat yang sunyi sambil menunjukkan kehidupan seharian masing-masing.

Mereka juga akan menjemput individu yang mahu disampaikan ucapan terima kasih selain menyediakan masa berehat buat tetamu tersebut. Uhm Ki-joon, Yoon Jong-hoon dan Bong Tae-gyu akan menyewa sebuah rumah usang di kawasan terpencil dan mengubahnya menjadi tempat beristirehat, selain menunjukkan proses transformasi kediaman berkenaan.

Daripada sedutan pendek ini, dapat dilihat mereka menjemput keluarga “The Penthouse” yang lain seperti Lee ji-ah, Kim So-yeon, Kim Young-dae, Han Ji-hyun, Choi Ye-bin dan lain-lain.

Nampak dah kekalutan ahli amatur dalam dunia program hiburan ini! Jangan lupa layan episod pertama akan ditayangkan pada 28 September ini, okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...