Ikuti Kami:

Produser ‘Doctor Foster’ Puji Lakonan Kim Heeae Dalam ‘The World Of Married’, Rating Kini Hampiri 15%!

Produser ‘Doctor Foster’ Puji Lakonan Kim Heeae Dalam ‘The World Of Married’, Rating Kini Hampiri 15%!

Drama “The World Of Married” nyata telah membawa fenomena dalam kalangan peminat K-Drama meskipun ianya baru sahaja ke udara sebanyak 4 episod. Naskhah ini menonjolkan realiti sebenar sesetangah rumah tangga yang nampak sempurna di luar namun sebenarnya retak menanti belah di dalamnya. Plot yang mendebarkan dan lakonan teraju utama yang memukau nyata menambahkan lagi rempah kepada ‘kesedapan’ drama ini.

Rating tinggi langit

Bayangkan episod perdana “The World Of The Married” berjaya memecahkan rekod saluran JTBC sebagai rating tertinggi dalam sejarah untuk episod pertamanya (6.26%). Saban episod, drama ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang ia akan berhenti memanjat ke sehingga paling atas bagi catatan ratingnya. Dah masuk episod ke-4, naskhah mendebarkan ini telah berjaya meraih rating sebanyak 14.98% dan nescaya ia mungkin akan mencecah ke angka 20% sekiranya ia mampu mengekalkan momentum yang boleh menarik perhatian penonton.

Bagi “The World Of The Married”, kekuatan naskhah ini terletak pada skrip utuhnya yang menekankan elemen cinta dan juga pengkhianatan. Peperangan di antara Ji Sunwoo (Kim Heeae) yang dikhianati dan Lee Taeoh (Park Haejun) yang tamak adalah ramuan sempurna dalam mengkasilkan inti pati yang menarik.

the world of the married

Dipuji produser BBC “Doctor Foster”

Tambahan pula, pelakon veteran iaitu Kim Heeae yang menonjolkan keghairahan dan emosi kerana suaminya sendiri telah menikamnya daripada belakang, namun wanita hebat itu tidak akan mengalah dan akan memulakan misi balas dendamnya yang sempurna.

Kalau anda nak tahu. drama ini sebenarnya telah diadaptasi daripada drama dari Amerika Syarikat iaitu “Doctor Foster”. Betapa hebatnya penjiwaan watak Kim Sunwoo sehingga produser drama asal ini membanjiri wanita tersebut dengan pujian.

Kejayaan drama ini nampaknya berpunca daripada pengambilan Kim Heeae sebagai teraju utamanya. Dengan lakonan yang mantap, dia telah memainkan watak seorang wanita yang mula sedar bahawa kehidupannya ini adalah berlandaskan kepada penipuan dan ia membawa kepada kesudahan yang di luar jangkaan.

Lagi pula, kemampuan Kim Heeae untuk menyeimbangkan di antara emosi dingin dan mesra adalah perkara yang terbaik di dalam drama ini.

the world of the married

Plot semakin mendebarkan

Kesudahan episod ke-4 nyata membuatkan penonton tak senang duduk! Satu demi satu rahsia mula terbongkar selain Ji Sunwoo sudah mengorak langkah bagi memastikan suami durjananya itu jatuh tersungkur ke tanah kerana belot terhadap janji perkahwinan mereka.

Penonton nyata terkejut apabila doktor itu sanggup meniduri salah seorang daripada rakan keluarga mereka supaya dapat menggunakan lelaki itu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerja suaminya. Lebih memeranjatkan apabila, anak tunggalnya sebenarnya telah mengetahui tentang bapanya yang curang tetapi mengambil langkah untuk mendiamkan diri dan hal ini telah menimbulkan marah penonton.

the world of the married

Sama-sama saksikan “The World Of Married” pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di JTBC!

Sumber: MyDaily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...