Ikuti Kami:

Produksi ‘School 2020’ Tukar Kepada ‘School 2021’, Kim Yohan Kekal Sebagai Pelakon Utama

Produksi ‘School 2020’ Tukar Kepada ‘School 2021’, Kim Yohan Kekal Sebagai Pelakon Utama

Walaupun drama “School 2020” yang dirancang baru-baru ini gagal untuk dilaksanakan, nampaknya premis baru itu ditukar kepada “School 2021” dan bakal ditayangkan nanti.

Malah dikhabarkan Kim Yo-han masih kekal sebagai teraju utama untuk “School 2021” nanti. Kalau anda ingat, “School 2020” nanti tak dapat dilaksanakan dek kontroversi pelakon wanita asal iaitu Ahn Seo-hyun di mana bapanya mempunyai konflik dengan pihak produksi. Kim Sae-ron yang menggantikannya juga tinggal di awangan apabila KBS membuat keputusan untuk tidak menayangkan drama itu di siaran mereka.

Walaupun tidak mempunyai siaran rasmi untuk menayangkannya, namun pihak produksi menekankan bahawa naskhah itu masih akan ditayangkan selepas mereka mempunyai senarai nama penuh untuk barisan pelakonnya.

kim yohan school 2021

Sumber daripada “School 2021” menjelaskan bahawa plot drama ini mungkin akan diadaptasi daripada novel “Oh, My Men!”. Katanya siri yang kali ini akan mempunyai cerita yang baru dengan sendirinya malah wataknya juga adalah berlainan.

Walaupun Kim Yo-han dikatakan bakal membawa watak seorang atlet Taewon-do yang berhenti dek kecederaannya dan berpindha ke sekolah teknik selepas bisnes ayahnya bankrap dalam “School 2020”, namun tidak pasti apa watak yang akan dibawanya dalam “School 2021” nanti.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...