Selepas 16 episod bersiaran, akhirnya “Private Lives” sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada penonton kelmarin.
Sinopsis “Private Lives”
Para penipu di seluruh pelosok Korea terjumpa dengan ‘kehidupan peribadi’ negara dan memulakan misi untuk membongkarnya. Walaubagaimanapun, pengembaraan itu ternyata sukar kerana mereka perlu menggunakan semua kemahiran yang ada untuk berhadapan dengan syarikat korporat besar. Lee Jung-hwan (Go Kyung-pyo) meskipun nampak seperti seorang kakitangan biasa tapi sebenarnya seorang yang dipenuhi misteri. Manakala Cha Joo-eun (Seo-hyun) pula ialah seorang penipu yang memiliki rupa paras yang cantik dan naif selain turut mencari rezeki dengan kehebatannya menipu.
Ending mengelirukan
[Amaran SPOILER]
Selepas Cha Joo-eun menjemput Lee Jung-hwan daripada penjara, penonton berasa terubat melihat kemesraan mereka. Disebabkan wanita itu yang mengatakan yang dia kini mempunyai satu keinginan, ramai yang menganggap ia adalah sebuah perkahwinan memandangkan babak terakhir ialah mereka dia majlis perkahwinan sambil berpakaian pengantin.
Semuanya jadi mengelirukan apabila majlis perkahwinan tersebut sepertinya ‘deja vu’ daripada perkahwinan ‘scam’ pada awal tayangan dahulu. Tak sempat nak menghadamnya, penonton terus disajikan dengan perkataan tamat. Jadinya, tiada siapa yang pasti mengenai kesudahan sebenar “Private Lives”.
[SPOILER Tamat]
Rating rendah sepanjang tayangan
Kalau anda nak tahu, “Private Lives” sepertinya disumpah dengan angka ‘1’ kerana ianya yang tak mampu keluar daripada lingkungan rating 1% sahaja hampir keseluruhan tayangannya. Sama dengan episod terakhir yang hanya mampu mencatatkan rating sebanyak 1.507% sahaja.
Apa pula kata anda? Puas hati tak dengan drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.