Ikuti Kami:

Popular Selepas ‘Business Proposal’, Drama Baru Kim Mingyu ‘The Heavenly Idol’ Mengecewakan?

Popular Selepas ‘Business Proposal’, Drama Baru Kim Mingyu ‘The Heavenly Idol’ Mengecewakan?

Selepas “Business Proposal”, pelakon Kim Min-gyu tidak dinafikan semakin dikenali ramai peminat K-Drama kini.

Terbaru, Kim Min-gyu kembali dengan drama berjudul “The Heavenly Idol” yang diadaptasi dari webtoon popular. Ianya mengisahkan tentang Ketua Paderi yang mendapati dirinya berada dalam tubuh bintang idola yang tidak dikenali iaitu Woo Yeon-woo, ahli kumpulan Wild Animal. Dua episod sudah pun ditayangkan namun, drama tersebut nampaknya kurang mendapat sambutan dari penonton.

Khususnya pada episod pertama, “The Heavenly Idol” mencatat rating sebanyak 3.1% sebelum menurun ke 2% pada episod kedua.

kim minkyu the heavenly idol

Meskipun semakin popular selepas bintangi “Business Proposal” pada tahun lepas, kemunculan semula Kim Min-gyu kali ini nampaknya kurang berjaya.

Walaupun meraih rating rendah, ada juga penonton yang memuji plot drama berkenaan,

Drama ini mempunyai plot yang ringan jadi, seronok untuk ditonton.

 

Untuk dua episod ini, saya suka jalan ceritanya.

 

Episod pertama agak bagus, dan lebih dramatik yang menyeronokkan. Saya akan terus menontonnya.

Apa kata korang pula?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...