Ikuti Kami:

Popular Dek ‘When The Camellia Blooms’ & ‘VIP’, Kim Minkyung Meninggal Dunia Pada Usia 61 Tahun

Popular Dek ‘When The Camellia Blooms’ & ‘VIP’, Kim Minkyung Meninggal Dunia Pada Usia 61 Tahun

Berita sedih pada pagi ini apabila pelakon veteran Kim Min-kyung disahkan meninggal dunia pada usia 61 tahun.

Ianya disahkan sendiri oleh agensinya,

Kim Min-kyung telah meninggal dunia kelmarin (16 Ogos). Dia kini berada di sebuah hospital di Seoul dan bakal disemadikan pada 18 Ogos nanti.

Lahir pada tahun 1960, mendiang memulakan lakonan dalam kumpulan teater pada 1979 sebelum muncul dalam pelbagai projek selama 40 tahun kariernya. Dia juga pernah memenangi anugerah di Festival Teater Korea 1981. kim minkyung Siapa yang biasa melihat drama mahupun filem Korea, pastinya mengenali mendiang dalam naskhah seperti “Tazza”, “Someone Behind You”, “The Moon Embracing the Sun”, “When The Camellia Blooms”, “VIP”, “Nobody Knows”, “Eccentric! Chef Moon” dan banyak lagi.

Malah masih ada dua filem lakonannya iaitu “Spiritwalker” dan “1947 Boston” yang belum ditayangkan.

Salam takziah buat keluarga mendiang Kim Min-kyung.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...