Ikuti Kami:

Popular Dek ‘The Glory’, Cha Jooyoung Dedah Pernah Belajar Di Malaysia

Popular Dek ‘The Glory’, Cha Jooyoung Dedah Pernah Belajar Di Malaysia

Sejak membintangi “The Glory”, nama para pelakon siri itu terus melonjak naik hingga dikenali serata dunia.

Terbaru, para pelakon itu telah menyertai satu sidang media rasmi untuk mempromosikan bahagian kedua “The Glory”.

Dalam acara itu, mereka telah berkongsi dengan lebih banyak mengenai apa yang boleh dijangkakan dalam kesinambungan siri popular berkenaan.

Walau bagaimanapun, sepanjang perbualan itu, satu info menarik yang didedahkan ini telah menarik perhatian ramai. Semasa Cha Joo-young membaca soalan daripada peminat di Malaysia, wanita itu berkongsi bahawa dia sebenarnya pernah bersekolah di sini,

Saya tak pasti jika saya dapat menyebut namanya dengan betul, tapi saya juga pernah bersekolah di Malaysia.

Meskipun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tetapi hal ini nyata membuatkan peminat negara ini teruja dengan informasi mengejutkan berkenaan.

Dalam pada itu, Cha Joo-young turut menangis sedikit apabila melihat sambutan hangat penonton di studio dan juga peminat luar negara yang berpeluang menghubungi menerusi panggilan Zoom.

Lah seriuslah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...