Drama “Lovely Runner” popular, nama Kim Hye-yoon juga sedang hangat menjadi bualan sekarang.
Pada 9 Mei, beberapa laporan dari media berkongsi bahawa ada peminat yang tidak berpuas hati dengan agensi Kim Hye-yoon iaitu Artist Company kerana kurang mempromosikan pelakon wanita itu.
Pasti ramai yang tahu bahawa nama Kim Hye-yoon sedang meningkat naik kini kerana dramanya “Lovely Runner”. Namun, peminat kebanyakannya kesal kerana agensi itu tidak cukup menyokongnya.
Terutamanya apabila rakan pelakonnya iaitu Byeon Woo-seok banyak dijemput sebagai tetamu dalam program hiburan tetapi Kim Hye-yoon pula tidak muncul dalam mana-mana rancangan.
Di ruangan komen, peminat merungut,
- Kenapa tak promosikan Kim Hye-yoon? Fotonya juga tiada di laman web anda.
- Artis Company, tolong promote Kim Hye-yoon! Dramanya sedang popular sekarang.
- Panggil la dia dalam mana-mana program hiburan. Tolong kerja keras agar Hye-yoon dapat rasakan popularitinya.
- Kim Hye-yoon sedang bekerja keras jadi sila menyokongnya dengan baik.
Kesian Kim Hye-yoon..