Ikuti Kami:

Plot Unik & Main Dengan Emosi Penonton, Kenapa Purata Rating ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Rendah?

Plot Unik & Main Dengan Emosi Penonton, Kenapa Purata Rating ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Rendah?

Boleh tahan hebat drama “It’s Okay To Not Be Okay” ini kerana berjaya membawa pelbagai isu psikologi yang jarang didengari untuk pengetahuan penonton. Meskipun sarat dengan emosi tetapi naskhah ini mampu membuatkan penonton kekal menonton sehingga ke akhirnya kerana terpegun dengan kehebatan lakonan setiap watak di dalamnya.

Pun begitu purata rating penonton yang diraih oleh drama ini adalah sangat biasa iaitu 5.3% sahaja. Walaupun bukan satu kegagalan tetapi ia agak rendah berbanding dengan jangkaan yang diletakkan oleh semua orang pada awalnya memandangkan ini adalah drama pertama Kim Soo-hyun selepas pulang daripada latihan khidmat ketenteraan.

“It’s Okay To Not Be Okay” boleh dikatakan agak popular kerana ia kerap menjadi sebutan ramai kerana kandungannya yang lain daripada lain. Malahan semua orang turut memuji Seo Ye-ji kerana mampu menghidupkan watak Ko Mun-yeong yang anti-sosial dan tindak-tanduknya sukar difahami orang lain.

rating it's okay to not be okay biasa

Tidak tahu di mana kesilapan pada drama ini tetapi ia hanya mampu duduk selesa dalam lingkungan rating 5% ke 6% sahaja. Satu angka yang mengecewakan memandangkan banyak drama popular tahun 2020 ini berjaya melepasi garisan 15%.

Walaubagaimanapun, rata-rata penonton meminta orang lain tidak menghukum “It’s Okay To Not Be Okay” berdasarkan catatan ratingnya sahaja kerana ia adalah sebuah naskhah yang padat dengan pengajaran dan emosi.

Melihatkan Ko Mun-yeong yang sendirian melawan mimpi ngerinya kerana trauma dan Moon Gang-tae yang melupakan segala keinginan dirinya demi abangnya yang berada dalam masalah spektrum autistik, ia membuatkan penonton turut berasa hiba dek keperitan hidup setiap watak.

rating it's okay to not be okay biasa

Bukan itu sahaja, sinematografi yang digunakan turut membuatkan penonton seperti berada di dunia lain. Lihat sahajalah seni bina ‘Istana Disumpah’ milik Ko Mun-yeong yang besar dan terperinci tersebut, cantik betul! Jelaslah bahawa pihal produksi drama ini memberikan 100% perhatian bagi memastikan ia mencapai kepuasan penonton.

Jangan hukum drama hanya kerana ratingnya, jadi saksikan “It’s Okay To Not Be Okay” setiap Sabtu dan Ahad di tvN atau pun Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...