Ikuti Kami:

Plot Unik Dunia ‘Penipu’ Menipu & Ditipu, Episod Awal ‘Private Lives’ Capai Rating Memuaskan

Plot Unik Dunia ‘Penipu’ Menipu & Ditipu, Episod Awal ‘Private Lives’ Capai Rating Memuaskan

Selepas hampir sebulan tayangan tertangguh, “Private Lives” yang menggandingkan pelakon Go Kyung-pyo dan Seo-hyun (Girls’ Generation) akhirnya ke udara kelmarin. Seronok rasanya tonton plot unik yang diketengahkan oleh drama ini!

Sinopsis “Private Lives”

Para penipu di seluruh pelosok Korea terjumpa dengan ‘kehidupan peribadi’ negara dan memulakan misi untuk membongkarnya. Walaubagaimanapun, pengembaraan itu ternyata sukar kerana mereka perlu menggunakan semua kemahiran yang ada untuk berhadapan dengan syarikat korporat besar. Lee Jung-hwan (Go Kyung-pyo) meskipun nampak seperti seorang kakitangan biasa tapi sebenarnya seorang yang dipenuhi misteri. Manakala Cha Joo-eun (Seo-hyun) pula ialah seorang penipu yang memiliki rupa paras yang cantik dan naif selain turut mencari rezeki dengan kehebatannya menipu.

episod awal private lives

Episod awal penuh kejutan

[Amaran SPOILER]

Sudah pun dilatih sejak kecil oleh ibu dan ayahnya untuk menjadi penipu, Cha Joo-eun tidak dapat lari daripada takdir hidup tersebut dan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Walaubagaimanapun, langit tidak selalunya cerah apabila dia dijadikan kambing hitam oleh Jung Yoon-kyung (Kim Hyo-jin) dan Kim Jae-wook (Kim Young-min) dan dituduh bersalah sehingga dipenjarakan selama 9 tahun.

episod awal private lives

Pun begitu, Cha Joo-eun kekal dengan gaya hidup yang lama bersama rakan-rakan yang boleh dipercayainya iaitu Han-son (Tae Won-seok), Min-jung (Jang Jin-hee) dan Yang In-suk (Yoon Sa-bong). Tanpa sengaja didekati oleh seorang lelaki kacak dan mempunyai kerja yang elok iaitu Lee Jung-hwan. Walaupun cuba menolak namun Cha Joo-eun akhirnya terpersona dengan kebaikan lelaki itu dan bersetuju untuk berkahwin dengannya selepas hanya tiga kali bertemu janji.

Cha Joo-eun yang mengimpikan kehidupan normal dan bahagia sekali lagi dihimpit realiti apabila mendapat tahu bahawa Lee Jung-hwan dan seluruhnya keluarganya hanyalah penipu dan ditinggalkan seperti orang bodoh semasa hari perkahwinannya sendiri.

episod awal private lives

Berjaya tarik perhatian penonton

Kesudahan episod dua ini ternyata mengejutkan penonton kerana Cha Joo-eun yang mahu menipu akhirnya ditipu dahulu dek terperangkap dengan mimpi ‘kehidupan bahagia’nya. Rata-rata dah tak sabar nak menantikan episod akan datang bagi melihat siapa Lee Jung-hwan sebenarnya dan sama ada dia mempunyai kaitan dengan sindiket yang sama dengan Jung Yoon-kyung dan Kim Jae-wook.

[SPOILER Tamat]

Tambahan pula, plot yang unik dan tak dapat dijangka mampu membuatkan penonton melekat di hadapan kaca televisyen tanpa berganjak. Bahkan rating yang dicatatkan oleh drama ini boleh tahan baik kerana episod pertamanya merekodkan catatan sebanyak 2.522% dan episod keduanya pula ialah 2.235%.

Drama ini serius menyeronokkan! Tambahan pula ini adalah drama pertama Go Kyung-pyo selepas pulang daripada latihan khidmat ketenteraan, jadi ramai yang teruja menonton.

Jangan lupa, saksikan “Private Lives” pada setiap Rabu dan Khamis di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...