Ikuti Kami:

“Plot Twist Hingga Ke Sudah” – Pihak Produksi Beri Klu Episod Akhir ‘The Penthouse 3’

“Plot Twist Hingga Ke Sudah” – Pihak Produksi Beri Klu Episod Akhir ‘The Penthouse 3’

Fuhh! Sampai kita juga ke hari penentuan “The Penthouse”. Apalah agaknya yang akan terjadi dalam episod terakhir nanti.

[Amaran SPOILER]

Seperti yang ditayangkan dalam episod ke-13 pada minggu lalu, Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) yang berada di penghujungnya telah bertindak menolak Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) jatuh daripada tebing ke laut dalam. Belum dapat dipastikan hidup dan matinya, Logan Lee (Park Eun-seok) dilihat terdesak menjerit memanggil nama kekasih hatinya manakala Ha Eun-byeol (Choi Ye-bin) terpaku melihat kegilaan ibunya sehingga ke sudah.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh pihak produksi “The Penthouse 3” hari ini, nampaknya Cheon Seo-jin akan menghabiskan masanya di dalam penjara sementara menunggu kesalahnnya dibicarakan mahkamah.sbs the penthouse 3Menurut mereka,

Episod terakhir ini juga akan menampilkan plot twist bersiri sehingga ke akhirnya, jangan lupa saksikan sampai habis.

Anda sudah bersedia untuk menonton episod akhir “The Penthouse 3”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...