Ikuti Kami:

Plot Twist Demi Plot Twist, Rating ‘Show Window’ Terus Menaik

Plot Twist Demi Plot Twist, Rating ‘Show Window’ Terus Menaik

Dah menghampiri pertengahan cerita, “Show Window” menampilkan babak mendebarkan apabila kedua wanita yang baik dahulu mula bermusuh kini.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod ke-6, kedua-dua Han Sun-joo (Song Yoon-ah) dan Yoon Mi-ra (Jun So-min) dimasukkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan. Apabila Shin Myung-seop (Lee Sung-jae) dipanggil sebagai penjaga mereka, lelaki itu hanya menguruskan kepulangan isterinya. Yoon Mi-ra yang menyedari hati lelaki itu mula beralih arah semakin ‘menggila’ apabila anak yang dikandungnya gugur dek insiden itu.

Walaubagaimanapun, wanita itu yang sepertinya ingin membalas dendam hilang secara tiba-tiba daripada kehidupan pasangan Shin Myung-seop dan Han Sun-joo. Namun panas tak sampai ke petang, rupanya Yoon Mi-ra sepertinya mempunyai helah lain apabila dia muncul semula sebagai kekasih Han Jung-won, iaitu adik Han Sun-joo.

channel A show window

Melihatkan plot twist demi plot twist ini, penonton meluahkan rasa teruja dengan apa yang bakal terjadi dalam episod akan datang “Show Window”. Disebabkan oleh keterujaan itu, rating drama berkenaan menunjukkan peningkatan yang konsisten pada saban tayangan. Malah untuk episod terbaru ini, ia mencatatkan rekod peribadi terbaik iaitu 6.045%.

Untuk pengetahuan, “Show Window” ialah drama melodrama misteri mengenai seorang wanita yang menyokong seorang wanita lain tanpa mengetahui bahawa dia ialah perempuan simpanan suaminya.

Tak senang duduk kan tengok drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...