Ikuti Kami:

“Plot Twist Demi Plot Twist” – Lee Jinwook & Kwon Nara Kongsi Kelebihan Drama Fantasi ‘Bulgasal’

“Plot Twist Demi Plot Twist” – Lee Jinwook & Kwon Nara Kongsi Kelebihan Drama Fantasi ‘Bulgasal’

Dah teruja nak saksikan drama fantasi “Bulgasal” yang menggandingkan Lee Jin-wook dan Kwon Na-ra?

Terbaru, kedua pelakon itu telah menyertai satu photoshoot bersama majalah 1st Look dan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai naskhah berkenaan.

Menurut Lee Jin-wook, dia menerima tawaran berkenaan selepas bersembang dengan pengarah “Bulgasal”,

Semasa sedang bersembang dengan pengarah Jang Young-woo, dia bercerita mengenai projek yang sedang disiapkannya pada ketika itu saya merasakan plotnya sangat menarik. Ia mengenai lelaki berusia 600 tahun dan melalui kesakitan dan bebanan selama tempoh tersebut. Kelahiran semula ialah tema berulang bagi jalan cerita itu. Drama itu menyentuh subjek yang serius namun jarang didengari dan saya tertarik dengan pengisahan mengenai lumrah manusia.

kwon nara lee jinwook

Tambah Kwon Na-ra pula, mereka baru selesai menonton episod pertama “Bulgasal” baru-baru ini,

Sinematografi dan penggunaan warna adalah sangat mengagumkan, dan anda boleh melihat gambaran kesemua empat musim. Penggambaran sudah 90% selesai namun banyak babak penting di akhirnya. Terdapat plot twist selepas plot twist, jadi jangan lupa menonton.

Untuk pengetahuan, “Bulgasal” ialah drama fantasi yang mengetengahkan dua watak utama di mana seorangnya ialah wanita yang telah melalui beberapa kali kelahiran semula sepanjang 600 tahun lamanya dan mengingati kesemua kehidupan lampaunya. Manakala watak kedua ialah seorang lelaki yang telah hidup sebagai ‘bulgasal’ (makhluk yang hidup menjamah darah manusia dan disumpah dengan kehidupan selamanya) selama 600 tahun.

Bakal menemui penonton menerusi tvn pada 18 Disember ini, “Bulgasal” turut akan ditayangkan di Netflix secara global.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...